Saturday, May 12, 2012

Tips jadi rajin.versi hampeh.

Tips jadi rajin versi Puan Suelynnda. Hik! Apesal tetiba aku rajin bagi tips nie…? Selalu pemalas nak mamp! B-)

Kononnya sebagai motivasi diri sendiri sebab sedar diri memang jenis pemalas. Jadi, aku reka tips aku sendri. Kalau ada yang rasa nak ikut, boleh aje ikut. Aku sendri pun tak tentu nak ikut. Larikkk..

Tips Pertama:

Kalau malas bangun pagi : Sila sediakan alarm 2-3 bijik berhampiran anda. Macam aku, aku set alarm di henpon aku dengan 2-3 jenis reminder. Di henpon hubby pun aku setkan alarm. Kalau tak cukup lagi, ko beli jam loceng jenis lama yang bunyi bapak kuat tuh. Konfem anda rajin bangun. :p

Tips Kedua:

Kalau malas nak pergi kerja : Cari seorang mamat/gadis yang anda boleh jadikan sebagai daya penarik anda. Seorang yang anda rasa anda suka lepak atau tengok dari jauh. Jadi, bila terasa malas secara otomatik akan jadi rajin bila teringatkan mamat/gadis tersebut. Ini saya amalkan masa malas nak pergi sekolah dulu. Haha

Tips Ketiga:

Kalau malas nak buat susu anak: Suruh aje laki ko buatkan. Habis cerita. Tapi camne nak jadi rajin pulak. Makin malas adalah. :)  Apa susah, sebelum anak mintak susu korang dah siap-siap buat susu. Tapi, kena pandai budget waktu yang selalu dia minum tuh. Jadi, bila anda bersenang lenang menonton sinetron takder lah malas nak angkat vontot buat susu tuh. Pandai tak? Ngeee.

Tips Ke empat:

Kalau malas mandi : Kalau malas nak mandi cuba bau ketiak anda sendiri selama 3 minit. Kalau busuk sila lah sedar diri yang bau korang hampir sama dengan kambing. Jadi, sila mandi dengan sabun yang banyak.

Tips ke lima

Kalau malas nak update blog : tutup ajelah blog tuh…

No comments:

Post a Comment