Tuesday, May 8, 2012

Saya berpantang dengan Shaklee


 SALAM.

Sudah lepas cerita pasal bersalin , kini nak story mory pasal berpantang pulak.  Aku kan bersalin secara ceasar untuk kali kedua. Ada orang kata operate ceasar kali kedua lebih sukar dari yang pertama. Mungkin ada betulnya sebab doktor akan operate di tempat yang sama. Jadi, mungkin sebab itu sakitnya lebih lagi .



As for me, memang terasa lebih sakit dari yang pertama. Kalau dulu , day one operate aku dah boleh tido mengiring tapi..yang kali kedua ni tido menelentang aje. Nak susukan Ainna pun rasa sukar sebab sakit kat tempat jahit. Hari pertama memang boleh dikatakan aku susah nak bergerak. Nak ke bilik air pun jalan punyalah perlahan. Lagi-lagi bila nak batuk. Memang sakit.

Pantang kali ini aku cuba set pantang dari Shaklee. Sebabnya aku nak cuba something yang semulajadi rather than products yang banyak di pasaran sekarang. Cuma silapnya aku lupa nak beli set pantang untuk luaran seperti minyak gamat untuk urut, tungku dan sebagainya.

Hari ke 7 bersalin, luka bedah dah baik dengan eloknya. Lebih cepat dari yang pertama. Rambut aku juga tak gugur dan kulit pulak lebih lembab. Dulu kulit aku kering aje. Tumit kaki juga dah tak pecah. Memang perasan cantik aje aku sejak consume set shaklee nih. Hoho~~

Owh, lagi satu..aku rasa rahim juga dah mengecut hari yang ke 6-7 . Makan pantang, toksah cakaplah..semer aku bedal kecuali yang panas-panas macam halia dan lada hitam sebab Ainna kena kuning. Ais pun aku pantang. Stokin dan bengkung pun aku pakai on off. Tunggu minggu kedua kot baru pakai sebab nak kempiskan perut . Huhu .

Pendek kata, macam orang tak berpantang. Haha. Pantang pun bab makan aje. Jalan tetaplah jalan. Hari ke-10 dah bawak Ainna jalan -jalan. Boleh gitew!! Haha.

Susu badan pulak, hari 2-3 memang kurang. Masuk hari ke-4 melimpah -limpah. Ingatkan malas nak buat stok EBM lagi tetapi disebabkan susu badan terlalu banyak aku terpaksa juga perah.

Ainna juga kena demam kuning. Jadi, susu ibu yang cukup amatlah penting. Kalau tak, lambat kuning dia nak baik. Sekarang ni pun, hampir setiap hari kena bawak Ainna amik darah di Klinik Kesihatan Batu 9. Hari ke 10 bacaan dia dah turun ke 11.4 mg.



Lots Of Love,

3 comments:

  1. terjumpa info ni, juga pasal berpantang … sharing is caring :) - Bertungku Dengan Mudah Semasa Berpantang

    ReplyDelete
  2. kira bagus gak lah kan... tp brp rm n ada jual dkt kedai di pasaran x yer? :-)

    ReplyDelete
  3. Sy pengedar produk Shaklee..sila whatapps sy do 0129054745

    ReplyDelete