Wednesday, May 16, 2012

Penat.

Salam.

Masih dalam mode pantang. Menjaga bayi usia 2 minggu lebih dan abangnya berusia 3 tahun. Penat sangat. Ni pun rasa macam nak demam pulak. Ainna selalu meragam bila nak tidur. Aku risau dia meragam sebab tak cukup susu.

Biasanya bila Ainna tidur dan breast aku bengkak,aku terpaksa pam sebab Ainna tak nak bangun menyusu. Payah sangat nak bangunkan Ainna. Huhu. Jadi, by time dia nak menyusu tu susu dah kering. So, itu sebab aku rasa dia selalu meragam. Tengah menetek pun Ainna boleh mengamuk. Letih sangat sebab kekadang berjam-jam dia tak nak tidur.

As for Adam pula, dah lulus potty training. Tapi, waktu malam still pakaikan dia diapers. Menyusu pun dah tak pakai botol. Abah dia aje kadang-kadang langgar peraturan.

Selama berpantang ni tak hantar Adam ke pengasuh. Nak jimat duit. Kesian Adam kebosanan di rumah. Itu pasal dia selalu buli nenek dia.Haha..

Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments:

Post a Comment