Saturday, May 12, 2012

Mother Days 2012: Im mother of two

Saya selalu dengki dengan blogger yang pandai susun ayat dengan cantik dan sedap dibaca. Bertambah best bila entry yang ditulis berbentuk santai dan kelakar pada masa yang sama. Sedangkan saya sentiasa bermasalah ketika memulakan karangan. Padahal dulu ratu jiwang karat-tulis lirik lagu-cerpen cinta. Ratu koooo…!! Kah kah kah. Ok, off topic.

Besok adalah hari ibu. Abah, jom kita dating nak? Kita boleh tengok wayang, dating di kawasan tanah tinggi, jalan-jalan makan angin di shopping mall?. Apa ko tak sedar ko tengah pantang ke Jah oii..Adess

Tahun 2012 sedar tak sedar status saya dah bertukar menjadi ibu beranak dua. Kira naik pangkat lah nih. Kalau dlm MLM, macam naik ranking silver kot. (^-*)

Being a mother of 2, I guessed a little bit tired huh! Or, it just me who feeling like this. Mengada lah sangat yer. Mana tak penat, lepas mandikan si adik, nak mandikan si abang pulak. Si abang bukannya tak pandai mandi sendiri tapi mengada nak kita jugak mandikan. Pastuh, tengah menetek adik time itu lah dia mintak macam-macam. Nak makanlah, nak berak lah, nak itu nak ini lah. Ha..tak ke kepitamam makcik!!

Itu belum bab kena masak untuk derang. Seb baik time pantang ni mak mertua ada. Bolehlah tolong jadi tukang masak sat. Tapi, yang peningnya Adam Nuqman suka sangat buli nenek dia. Ini bukan kes dera budak dah. ini kes dera nenek nih. Kekadang aku tegah juga, kekadang lantaklah korang nak bergaduh hapa. Dah kalau tetiap hari asyik bergaduh dengan nenek aku pun malas nak layan tau.

Sekarang Adam Nuqman dalam proses potty training. Umur nak masuk 3 tahun dah. Peha dah besar peha gajah dah. Kalau bagi pakai pampers pandai pulak dia kata sakit kote!! Dah besar anak teruna saya ni. Hehe.

Alamak, Ainna dah nangis nak menetek lah tuh. Mother of two nak berhenti menaip dulu..Bye!!

No comments:

Post a Comment