Saturday, May 5, 2012

Kronologi Ainna Najihah

SALAM

Lama benar tak update. Ok, ayat klise so better stop sebelum orang menyampah :)
Nak update pasal baby Ainna Najihah my second edition. Hiks

Kronologi Kelahiran.

24/April /2012
Kebetulan Angah tidak bekerja dan disebabkan dia keboringan maka aku mengajak pergi shopping kain langsir. Adam dah dihantar ke rumah pengasuh kerana aku tidak larat menjaganya. Soping ko larat pulak..Hee . Aku dan angah pergi beli langsir di Nagoya, lepas itu sempat lagi tengok movie Hunger Games di Cheras Leisure Mall. Berjalan sungguh aku. Sampai di rumah dalam pukul 6.30 ptg agaknya.

Malam itu, rasa macam sakit senggugut. Ingatkan sakit biasa so just ignore and tido. Tapi sakit seperti kerap. Selang 5 minit aku rasa sakit .

25/April/2012
Pagi-pagi ajak husband ke Hospital Selayang. Kena admit setelah tunggu seharian untuk katil sajork. Penat campur bosan!! Seb baik sakit senggugut tuh aku masih boleh tahan. Jadi, semalamanlah aku di wad. Doctor bagi pilihan pada aku sama ada nak normal ataupun operate. And I choose normal.

26/April/2012.
Pagi masa doctor round check bukaan dah 4 cm. Terus ke Labour Room. Doctor pecahkan air ketuban. Sakit makin kuat. Tunggu 4 jam, masih 4 cm. Tunggu lagi 4 jam baru 5 cm. Tunggu lagi 4 jam baru buka 6 cm. Sama seperti Adam dulu. Jalan susah nak buka.

Skali doctor kata baby dah berak dalam perut maka aku diheret ke Operation Theatre plak. Jam 7.30 malam lahirlah Ainna Najihah dengan berat 3.46 kilo. Aku dengar suara dia sebaik doctor keluarkan dari perut. Sangat lega bila dengar suara dia. Pheww...




Lots Of Love,

2 comments:

  1. susahnya nak lahirkan anak . .

    ReplyDelete
  2. kenapa tak minta dr induce?aku tahan sakit 2 malam kat azzahra..even dah 4cm bb aku tak engage kat pintu rahim..kata dr mgkin pinggul aku kecil or bb senget..dr nak operate..aku tanya nduce tak bleh ker..then dr check jantung bb ok agreed...9pg masuk ward 4cm, 7ptg check 4cm lagi..sok kul 7 induce baru bb tolak keluar..aku teran masa 7cm..proces tk lm..krg 30 minut aisy kuar..mujr juff ada membntu..kalu srg2 tk tau lah aku

    ReplyDelete