Wednesday, May 30, 2012

Abang dan Adik

SALAM.

Ainna Najihah dah sebulan. Mulanya kita plan taknak lah pakai buai-buai ni. Nanti susah nak jenjalan tapiiii…Ainna ni kalau nak bertidur mesti nak berdukung. Kita penatlah nak dukung dia. Sampai lenguh2 tangan kita. :(

Kekadang kita bawak Ainna nih jejalan sampai ke rumah jiran tingkat 5 . Punyalah berjalan nak tidurkan Ainna. Last-last satu hari kita dah tak larat sangat nak mendukung Ainna maka kita pun minta abahnya keluarkan buaian.

Dah pasang siap buaian, TARAAAA..

20120529_095417

Kesekejapan aje Ainna dah ketiduran. Lega sangat kita tau. Kita boleh rehat sikit bila Ainna dah tidur. Heh!

Pasal Adam pula, 27 May aritu hari jadi adam ke tiga tahun. Kebetulan kami sekeluarga balik ke Sekinchan. Kita tak beli apa2 untuk 3rd besday dia sebab bulan lepas dah belikan Adam IPAD cap China. :p

20120528_120028

Baik abang Adam tolong ibu jaga Adik…:)

No comments:

Post a Comment