Tuesday, March 13, 2012

Projek Mega 1

salam

Dah lama berniat nak buat projek mega 1 nih. Dulu masa Adam ada, tak terlaksana .Jadi, nak cuba apply untuk adik nya pula.

Projek Mega no.1 ni adalah Cloth Diaper. Lama saya pikir sama ada saya dan suami mampu buat atau tidak. Fikir punya pikir akhirnya saya decide untuk keluar dari comfort zone kami dan cuba new things. Lagipun, ianya memang sangat berbaloi jika berjaya.

Biasanya suami akan budget sebulan RM300 untuk susu dan pampers Adam. Memandangkan, Adam dah hampir 3 tahun saya perlu ajar Potty Training. Bukan sekarang, lepas bersalin nanti sebab sekarang kan bed rest aje di hospital. Huhu.

Adik Adam dijangka dilahirkan hujung bulan 4. Ermm..kalau dalam pantang memang tak larat kot nak cloth diaper ngan potty training Adam sekali. Makanya, terpaksa mula slow motion sket.

Kalau boleh tak nak tangguh-tangguh. So, here the plan.!

Beli pampers new born untuk pakai di hospital. Kos maybe RM30-35 per beg. After discharge dalam 3 hari 2 malam( saya mungkin bersalin secara ceasar ).

Bila dah discharge, saya kena mula cuba dengan cloth diaper sebab cuti bersalin cuma 2 bulan. After research, nampak gaya newborn baby lebih sukar sebabnya baby biasanya akan poo poo dengan kerap. Tapi ada solution yang agak mudah dan murah. Refer sini. Iaitu guna cara ketiga : Guna prefolds/flats dipakai bersama snappy.

Ada extra things yang kena beli seperti Nappy Liner, Prefolds dan  Snappy. Harap ada jual online sebab saya tak boleh nak shopping. Uwaaa..

Nak beli cloth diaper secara pukal pula agak mahal harganya. Jadi kena beli sikit-sikit ikut kemampuan. Better beli yang ada pakej punya. Lebih mudah!

Waktu malam guna pampers aje atau vice versa. Tengok waktu bila dia kerap poo poo. Sekarang perlu usha website yang jual semua keperluan cloth diaper pada harga yang berpatutan. Chaiyokkk! Ya Allah, janganlah niat aku nih terkandas di tengah jalan. Aminnn..

*kredit to iluvsuperstore.com untuk info tentang clothdiaper. :)

No comments:

Post a Comment