Saturday, March 17, 2012

Kisah Harijadi yang sedih.

Salam,
Semalam hari jadi saya . Adam Nuqman not here with me. Dia ikut tokwan  menghantar pengantin( adik saya) ke Rantau Panjang, Kelantan. Suami pula kerja dan saya berada di Hospital ( bed rest until ceasarian 24/4).
Mulanya suami tak melawat saya mungkin sebab semalamnya dia dah datang. Saya pun kol beliau dan bitaw yang hari ini hari jadi saya. Macam biasa, dia terkejut sebab memang beliau bukan jenis ingat tarikh-tarikh ni. :(
Takpelah, saya dah biasa dengan suami saya. Memang bukan romantik pun. Petang tuh pula saya whatsapp dengan rakan seopis saya mengenai rating dan performance saya sepanjang tahun lepas tau lebih tepat BONUS.
Saya menangis selepas conversion kami di whatapp. Saya menangis ketika solat asar dan saya rasa benar-benar seperti orang teraniaya. Setelah berkerja selama 5 tahun di syarikat yang sama akhirnya itu yang saya dapat. Terlalu kecewa. Saya tak rasa saya patut terima rating seburuk ini. Kesannya terlalu dalam kepada saya. Orang lain mungkin masih boleh terima tetapi bagi saya sangat sukar.
Saya rasakan perkhidmatan saya tidak dihargai langsung.! Dan saya rasa saya tidak lagi diperlukan di sini. Saya jadi tawar hati. Sangat-sangat!! :,(
Di dalam solat saya minta ALLAH memberi keadilan kepada saya jika benar saya teraniaya. Saya menangis memohon doa kepada Allah.
Selepas Maghrib, tetiba suami datang pula bawa kek harijadi untuk saya. Masa itu bukan waktu melawat dan guard cuma bagi 5 minit kepada suami. Saya rasa mungkin suami rasa bersalah sebab lupa harijadi saya maka dia tebus dengan besday kek. Sebenarnya saya tak mengharap pun walaupun dalam hati ada sedikit rasa sedih.
Sedih kerana Adam tiada di sisi dan sedih juga kerana saya ada di sini ( hospital selayang) .

Selepas suami pulang, saya solat Isyaak pula. Sekali lagi air mata menitis.  Bersyukur dan juga redha dengan ujian yang tak seberapa ini. Bersyukur masih ada suami dan anak walaupun jauh di mata. Bersyukur kerana ada kawan-kawan yang ambil berat. Bersyukur walaupun dalam hati masih terkilan. :(

1 comment:

  1. sabar ya sue...semoga awak selamat bersalin...dah tahu tarikh awak kena czer ek..mesti tak sabar nak balik ke rumah..oh ya..happy birthday sue..smga pnajang umur dan diberikan kesihatan yang baik bersama baby nanti..:)

    ReplyDelete