Monday, March 5, 2012

Jujur Aku Langsi

Tajuk tak hagak kan? hak hak hak . Ada aku kesah? Saje nak tunjuk betapa langsinya saya hari ini. :P

Lebih dari 3 hari berada di wad bersalin ini membuatkan saya menjadi langsi dengan doktor dan nurse di sini. Mungkin sebab terlalu lama dikurung di wad saya menjadi begini.

Peristiwa pertama kelangsian:

Saya sedang menikmati tidur di katil nombor 14. Saya tahu setiap pukul 4 pagi nurse akan ambil BP dan FHR baby.  Setelah selesai saya sambung tido semula. Setengah jam selepas itu, seoraag doktor perempuan datang. Mulanya saya   ingatkan beliau nak ambil BP sekali lagi tetapi terperanjat beruk bila saya lihat beliau seperti hendak menyuntik tangan kanan saya. Saya bertanya dengan gaya langsi. “eh, nak buat apa ni?”, terkejut beliau. Tergagap nak jawab, “err…nak ambil darah”katanya. Saya tanya lagi untuk apa. Selepas dia explain barulah saya benarkan dia ambil darah.

Itulah, dahlah orang tengah tido. Pastu, tetiba aje ambil darah kita tanpa bertanya dan mengexplain dulu, Kan aku dah terlangsi. Selepas ambil darah baru beliau meminta maaf. Alahai, doctor pelatih.

Peristiwa kedua kelangsian:

Saya sedang mengamati gambar kahwin adik saya di kamera digital. Tetiba seorang medical student menghampiri saya dan meminta izin untuk bertanya soalan. Now, sebenarnya saya pernah di interview oleh adik medical student sebelum ini. Soalannya bukan sedikit. dalam 50 soklan jugalah nak menjawab sampai saya bosan dan bertanya pada diri sendiri bila nak habis. Selepas di temubual, para medical student ni kena present di hadapan lecturer mereka bersama kengkawan mereka yang lain. Yang part ni , paling saya tak suka. Terasa seperti bahan uji kaji pula. Sudahlah ramai yang melihat saya dengan sakai terbaring di katil. Selak baju periksa perut di hadapan lecturer dan kawan mereka. Yang buat saya malu sebab ada di antara mereka lelaki!!

Sekarang, ada lagi seorang student datang. Saya sudah bagi hint . Tapi  student ni macam degil aje. Dia ingat saya tak pernah kena interview dengan medical student agaknya. Cukuplah sekali saya jadi bahan presentation. Dahlah masa grand visit doctor pun kita kena jadi presentation. Saya sangat rimas occay!!.

Yang student nih pulak, seperti tidak paham. Terus duduk di bangku sebelah saya dan membuka buku nota. Saya jawab sepatah-patah aje. Fakta yang salah pun saya tak betulkan. Degil!! Nasib baik, kebetulan mak mertua adik saya sampai. Student tuh terpaksa memberi tempat duduk kepada makcik dan berlalu. Legaaa..

Saya harap besok dia tak akan berjumpa dengan saya lagi. Sebab saya sangat langsi sekarang. HAHA

No comments:

Post a Comment