Monday, March 12, 2012

Holidayyyy..

Salam u olls,

Apa kamu ingat beta holiday kat pulau ke?? Nan hado okeyyy..Haha. Sejak admit 29 Feb sampai sekarang ni ,12 hb Mac inilah tempat beta bersemayam dan beradu. Makan cukup 4 kali sehari walaupun kekadang terasa anak tekak takleh nak telan. Siap ada dayang -dayang pakai uniform warna putih rawat beta setiap 3-4 jam gitu. Klass kan?? Haha.

Kalau beta rasa dah boring sangat, beta layanlah Facebook or blog kat laptop. Takpun, beta layan blues dengan acik –acik atau adik-adik yang se “ward” dengan beta.

Macam-macam masalah rupanya orang mengandung/bersalin nih erkk. Ada kes masuk sebab cirit birit tapi kena tahan sampai berminggu. Ada orang Myanmar kawen dengan orang sini. Kes nya darah tinggi jadi masa kandungan 28 weeks dah kena ceasar. Ada juga yang beranak kembar. Kesnya seorang kecik, seorang besar. Doktor kata tak boleh simpan lama-lama, jadi kena ceasar jugak. Latest news yang beta dengar, kembar yang besar tak dapat diselamatkan. Innalillah..:). Ibu kembar tuh muda lagi dan ceria orangnya.

Sepanjang beta di tahan di Hospital Selayang, dapat jumpa seminggu sekali aje putra dan kekanda beta. Shedey sangat tau..!! Bila waktu nak datang, pasti kanda beta bawak barang berkoyan-koyan. Sampai takde tempat nak letak.

page12

Malas nak edit gambo. Kamu tengok sendiri sudah. Siap ada set cawan bagaii..sudu ntah berapa batang ntah. Tengok bekas gula tuh, stok setahun tuh. Haha.

Ada babycot sebelah tingkap, tengok babycot tertanya bilalah nak ada  baby dalam tuh. Tak sabar sudeyyy…

Ada kain semayang, solat atas kerusi aje. Setiap kali nak solat, kena alihkan kerusi ngadap kiblat. Lepas solat, baca zikir sikit. So far, yang tak sempat ( malas sebenarnya) buat ialah baca Alquran. Alquran btol takdak! Baca guna laptop kot..Ermmmm. Bila nak mula hah???

1 comment:

  1. Sabarlah ya. At least kalau boring-boring boleh browse internet =)

    ReplyDelete