Monday, March 26, 2012

Buasir oh Buasir

SALAM

Sebenarnya segan nak berciter di blog tapi bila pikir blog ni macam diary whereby aku akan baca one fine day so i decided to write even its feels little shamed. :D
Korang penah dengar pasal buasir tak? Haaaa...tuh dah terkekek-kekek kat belakang tuh! Tak suka tawww!! [-X. Aku nih memang penah dengar tapi  tak penah amik tahu pulak. Dulu ada member seopis ( perempuan) kena buasir nih tapi masa tuh tak amik port. Sekarang dah terkena diri sendiri barulah terhegeh-hegeh nak google pasal buasir nih. :D.
Aku baru 33 weeks pregnant masa memula kena buasir. Memang sebelum ini jenis jarang berak tapi bila dah mengandung nih lagi teruk masalahnya. Satu hari tuh kan, aku lapar sangat. Jadi, aku makan Maggi cawan perisa kari . Memang pedas lah kan. Pastuh, elok pulak laki aku datang bawak Twister Orange yang sejuk. Aku pun terus minum. Memang shedaplah!!!
Malam tuh, perut aku dah mula memulas-mulas dah. 3 kali aku masuk toilet. Cirit birit u olssssss..Tetiba aje. Lepas cirit -birit tuh aku rasa pedih aje kat lubang toot aku. Masa doktor buat round pagi esoknya, aku pun bitawlah akan masalah aku nih. Doc checked and confirmed that i got Hummerroid!! :(

Satu hari memang susahlah aku nak tido. Pedih siut. Doc suh letak icepack . Aku letak sepanjang malam. Tapi, nurse kat sini bagi icepack yang besar gedabak. Jadi, bila letak tuh dia tak ngam-ngam kat tempat sakit tuh. All the night, aku tido dalam keadaan basah. Sedih hatiku. Huhu.

Malam seterusnya aku letak pulak sugarpack. Aku buat sendiri . Buat kecik sikit dari yang nurse buat. Sepanjang malam letak and then pagi esok baru bukak. Tengok sugarpack dah jadi keras dan ada kesan darah terlekat kat sugarpack. Doc panggil surgeon tengok aku. 

Surgeon lak lelaki. Terpaksa aku tadah vontot seksi aku kat surgeon lelaki tuh. Dia pun masukkan semula buasir aku ke dalam. Tapi tak lama, lepas surgeon tuh balik, and then aku cuba duduk dan jalan, buasir tuh kuar balik. Surgeon suh aku masukkan sendri .Jadi, aku cubalah tapi memang buasir tuh kuar semula. Mungkin sebab tekanan dari perut maka ia dah tak dapat dimasukkan semula. 

Tapi, nasib baik dah tak sakit. Hari-hari aku makan 4 biji Daflon. Doc kata untuk kecutkan buasir. Aku malas nak masukkan balik dah . Buat penat aje. Kang dah masukkan dia kuar semula. Buat penat aku aje kan!! so, biarkan as long as aku tak sakit. Lepas bedah nanti baru tengok macam mana. :)

P/S: aku ada snap pic my buasir sebab nak tengok sangat. Simpan dlm phone buat kenangan. :D
Lots Of Love,

3 comments:

  1. hehehehe... ada ramai lg yg malu nk citer, citer2 cenggini.. tapi sbnrnya.. ada ramai org yg nk baca.. sbb nk tau pengalaman sebnr.. especially utk yg baru2 nk kenal apa tu buasir.... anyway.. nice post... thanks...

    ReplyDelete
  2. salam, ur problem dh ok ke, especially after bersalin? cos i ade mslh yg sama after bersalin....camne ye?

    --
    lala

    ReplyDelete
  3. http://herbaramuantaufiq.blogspot.com/

    penyembuhan buasir

    ReplyDelete