Tuesday, February 28, 2012

Lagi 2 bulan

Salam U olss,

Lagi 2 bulan nak meletop nih. Rasa dah tak larat sangat nak bawak perut. Tido malam pun makin susah. Tergolek kanan tergolek kiri, terlentang pun belum tentu boleh tido.Huhu. Sakit seperti kulit ditarik-tarik sangat menyeksakan. Memang sakit dan pedih. Ini lah yang saya tahan hari-hari. :(. Belum ditambah dengan sakit belakang sebab duduk lama di pejabat. Bila dah duduk lama susah pula nak bangun. Rasa sakit di celah kangkang pula.

Lately, saya asyik sembelit. Berminggu-minggu masih tak membuang air besar. Kadang-kadang rasa sakit nak buang tapi bila masuk bilik air taknak pula dia keluar. Aduhh..dugaan benar! Buat masa ini, belum jumpa doktor lagi. Tunggu masa next appointment nanti. Saya banyak kan makan buah dan minum air soya aje. Pedih kat toot pun masih terasa lagi gara-gara saya meneran tahi 2 hari lepas. Hehe.

Serik pulak rasanya.Kalau nak cerita bab makan pula, dah mula rasa mual balik. Kekadang rasa panas aje di kerongkong. Mungkin sebab saya selalu makan pedas. Jadi, saya cuba kurangkan juga. Minta suami belilan ubat pedih ulu hati di Farmasi. Kalau rasa tak panas aje di kerongkong saya makan ubat tu. Nasib baik rasa dia manis sikit. Ubat cecairlah katakan. Kalau di bagi pil senang juga nak menelan kan? Hehe.

Lepas tuh, memamg rasa cepat benar lapar. Bayangkan setengah jam lepas baru makan nasi dah rasa lapar. Paling ketara masa saya tak bekerja. Memamg perut asyik rasa lapar. Dahlah kita nih jenis malas nak makan kan. Lagilah, paksa diri makan biskutlah, makan rotilah sebagai alas perut tuh. Mesti berat badan makin bertambah dalam masa 2 bulan nih. Hailah babyku..

Benarlah kata kawan-kawan, mengandung kali kedua nih kadang-kadang lebih seksa dari yang pertama. Maklumlah badan dah second hand. Haha.

Lepas bersalin nih , nekad nak badan macam anak dara balik boleh?? Angan2 aje nih. Tak tahulah tercapai ke tidak.

                         ================================================

Adam Nuqman pula dah nak masuk 3 tahun May nih. Macam-macam ragam dah. Lagi pandai bercakap lagi pening pulak nak melayan kan? Macam pagi ni, dah mandi pagi, sibuk pula dia nak pakai baju ada gambar Car or Boboi. Adam tiada baju siang yang ada gambar Boboi jadi dia nak pakai baju tido pulak. Aduilah, disebabkan takut lewat melayan kerenah anak bujang tuh Abah dia pakaikan jugak baju tidur yang ada gambar kereta .



Kalau bab makan, suka yang pedas-pedas. Makan nasi kena letak sos cili tau. Baru mamat nih nak makan. Hailah anak, kamu ikut peel sape nih erkk. Hehe. Selain nasi, Adam suka makan mee atau mee hoon. Cerewet jugak anak bujang saya nih tapi lauk yang suka makan sangat senang nak sediakan. Tak perlu susak-susah masak. Bagi sos cili aje sebagai kuah. Hak hak hak.

Adam juga suka makan kepak yang dijual tepi jalan tuh. Dah kalau hari-hari nak makan kepak aje tak ke botak ibu ngan ayah dia. Kalau tak kepak, sibuk dan Cheezy Ring. Adam panggil" popok". Hehe.
Hari-hari lepas ambil dialah, kita dok pujuk sebab taknak bagi dia makan benda yang mengarut tuh. Sekali beli Cheezy Ring yang pek besar tuh. Risau kena cacing aje. Abah dialah yang suka sangat melayan permintaan anak tuh. Mulut kita nih dah berbuih pesan jangan kerap sangat beli jajan macam tuh. Tak berkhasiat!!.

Itulah keluarga kecik saya. Kalau tak ditulis dalan blog takut lupa pulak. Nanti boleh baca semula sebagai kenangan. Tak gitu..

Lots Of Love,

No comments:

Post a Comment