Thursday, December 1, 2011

5 bulan

Yeay!! Hari ini dah pun masuk bulan December. Penghujung tahun. Bermakna kandungan aku pun dah 17 minggu@5 months!. Sabtu ni ada check up dengan Naluri. Tak sabar nak tengok jantina second baby ni. wink! wink!

5 bulan?? macam sekejap aje. tengok perut sendiri macam tak berapa besar kalau nak dibandingkan dengan Adam dulu. Harap-harap girlss kan??. Cemburu dengan kawan2 yang selalu shopping gaun budak yang super cantik itu.

5 bulan ni, aku selalu kena heartburn. Sebab suka makan pedas. Konon nak hilangkan loya tapi lain pulak yang dapat.  Loya2 still ada lah. Tapi yang best, bab makan lauk kari aje yang selera dengan tekak aku. Kawan2 opis cakap nanti baby kuar muka mamak! hahaha. Kalau muka mamak takmau lah! muka hindustan takpe...macam Shah Rukh Khan atau Kareena Kapoor. Ahaks!! Verangan aje.

Adam Nuqman sekarang manja tak hengatttt!! banyak manja dengan abah dia. Yalah, abah dia tak penah marah dia. Itu kalau ada abah dia bukan main dia meragam. Kalau ngan aku atau Tok Wan dia takdelah pulak.

Ishh, Che yah kol ajak bekfes pulak. Aku bersiaran dia dari opis nih. Kat rumah selalu mood malas aje. Huhu.

Chow!! nanti sambung lagi . tata



Lots Of Love,

1 comment:

  1. salam lynda..saya pun pregnant gak..17wks minggu nie...:)

    ReplyDelete