Saturday, July 16, 2011

Diet yang Sepi.

Pergh..lama giler tak update siot! Macamlah selama nih ko rajin hapdate blog kannss..haha

Sebenarnya, since 1st July aku memang dah setat bizi tahap Dragon Ball. Alhamdullilah, setelah hampir 5 tahun bekerja di kompeni yang sama aku dah dinaikkan pangkat. Tapi, masih under probition selama 3 bulan. Meaning, gaji tak naik lah. :)

Since naik pangkat, hari-hari balik lambat. Campur stress mengajar budak baru and nak adapt dengan keje baru makanya diet aku memang straight ke laut selama lebih kurang 2  minggu. Sampailah ke minggu 5 , I got my first penalty. I gain up to 1.8kg!! .Actually, im already expecting that but taklah sampai lebih sekilo lebih!

Minggu ni, aku mula diet balik. Pagi biasa makan telur separuh masak aje. Time lunch yang selalu kantoi aje. Semalam aku dah melantak set MCD McChicken Deluke dengan air coke. Nak cover balik so, aku tak makan malam. Kalau lapar aku makan biskut 3 keping aje. Minum air banyak-banyak pastu tido..Dah beli sauna, buat jugalah hari-hari.

Badan aku nih jenis cepat naik dan cepat gak turun. Masa bujang dulu tak pula macam ini. Ko makanlah banyak mana pun, berat tetap tak naik. Tapi,itu dulu..

Hari nih kan nak balik Kuala Selangor. Rumah mak mertua. Mak mertua aku ni, kalau nampak menantu dia tak makan nasi dia cam pelik sikit. Biasalah orang tua kan..Harap-harap 2 hari nih tak kantoilah lah diet aku. Nak cover balik berat yang naik minggu lepas! Huhu. Noktah.

No comments:

Post a Comment