Sunday, June 19, 2011

Review diet sepanjang 5 hari.

Perghh..

5 hari ko tak update menu kat blog. Aku memang problem sket nak update hari2. Balik keje dah malam, pong pang pong pang kol 10 tidurkan Adam, ngan aku- aku skali tido kepenatan.

Sekarang update menu pun katak PC opis aje..Sepanjang 5 hari ni ada gaklah kantoi. Aku insan yang lemah. Huhuhu..

So, weekend macam ni ajelah aku ada masa nak update menu kat  blog. Kite mula day 2 yer pasal day 1 dah citer kat entry bawah.

14062011

Jumlah carb tuh cuma anggaran kasar aje. Terutama tang lauk. Sebab makan kat kedai makan so, tak tahu apa yang dia letak kat dalam tuh. Telur 1 biji aku konfem jumlah carb dia 0.38 gram aje.

15062011

Hari ke 3. Nampak jumlah carb sket sangat kan. Tapi to tell you the truth, dalan 3 hari ni berat tak banyak turun. Kecewa jugak sebab kalau dulu hari ke tiga buat Atkins dah sekilo turun.

16062011

Masuk hari ke 4, dah mula boring dengan diet food. Itu yang jadi malam dah kantoi makan steamboat beli tepi jalan. Hadoiii..masa ni  dah turun ke 69kg.

17062011

Hari ke lima, lagi kantoi!! Member ajak lunch kat MCDONALD. Takde menu yang sesuai untuk diet aku jadi amiklah Mcchicken tuh. Makan 1 set tuh sebab rasa rugi beli memahal.

18062011

Sabtu, selamat diet aku sebab duk kat umah takder terpsiko kang. Itupun hampir gak arr sebab hubby beli nasi lemak lauk ayam untuk bekfes. Dalam hati tuh tahan aje sebab nasi lemak is one of my feveret. Masa nak makan nasi lemak tuh, rasa sambal dia giler tak sedap. Terus tak jadi makan, ratah ayam aje. Selamat diet..

Hari ni hari ahad, pagi cam biasa telur separuh masak 2 biji. Lunch dah kantoi makan sotong ngan nasi. Huwaaa..aku kat umah mama. Mama masak cedap. Rugi tak makan. Huwa..Lepas makan rasa menyesal cam biasa. Hua hua hua

Malam kang aku bitaw awal-awal aku tak makan dah. Sebab lunch tadi pun dah lewat. Harap2 timbang besok taklah naik berat badan aku.

Minggu nih memang hancurlah diet. Minggu depan nak ganti pose pulak. Harap-harap leh kover yang kantoi minggu nih.

P/S: Makan untuk hidup BUKAN hidup untuk makan!!

No comments:

Post a Comment