Friday, May 27, 2011

Susah erk jadi anak sulung? Ting!!

Aku pun anak sulung tapi taklah rasa susah mana pun. Haha. Aku pun tak berapa hengat kenangan masa kecik dolu. *petanda dah tua?*. Yang aku ingat pun sebagai anak sulung , aku lebih manja dari adik-adik aku. Pelik yer. Kakadang rasa terbalik. Bukan aku yang  jaga adik2,  adik2 yang jaga Along. HAHA

Serious wehh~ sampaikan aku dulu sangat kuat merajuk. Sentap sikit larik masuk bilik. Pastu kurung diring dalam bilik. Perut lapar pun gigih merajuk lagi. Dah  tahan lapar baru reti kuar bilik. Apa punya turr.. Sekarang pun sama, sentap sket,  2 minggu aku tak balik Gombak. Heeee~

Tapi,  walaupun macam mana spoiled pun aku dulu TETAP akan jadi contoh untuk adik-adik aku. Aku pasan apa yang aku buat mesti the only one my sister akan follow sket-sket .

Ok, tutup citer lama.

Sekarang dah tawen. Dan seperti di hajati. Alhamdullilah. Dapat seorang anak lelaki sebagai anak sulung. Sebagai anak sulung, aku berharap Adam Nuqman bakal menjadi contoh terbaik untuk adik-adik dan boleh diharap jaga adik-adik bila aku dan Abahnya dah takde lagi.

Jadi, ini perancangan masa depan untuk Adam Nuqman.

3-5 tahun : Adam kena belajar English Education. Jangan risau. Ibu yang akan ajar sendri guna Grolier tuh. Ekekeke. Boleh ajar abah Adam skalik!

5-7 tahun : Belajar Silat. Kenapa ibu kata silat? Sebab Ucu Adam cikgu silat jadi harap2 dapat belajar Free je. Hehe

7-12 tahun : Masukkan ke dalam Sekolah Tahfiz. Adam kena lengkap ilmu agama supaya dapat bimbing adik-adik nanti. Ingat pesan ibu ya. Kalau ada yang pra-school punya. Insya Allah, ibu masukkan awal.

12 tahun : Dah amik UPSR. Tak tahu adik dah berapa orang masa nih. Harapan ibu agar dapat keputusan cemerlang dalam semua subjek. Yeay!! Lepas UPSR , kita plan sama-sama your future planning okay?

Ermmm,,,,,nanti dah pandai baca boleh baca blog ibu kan?

No comments:

Post a Comment