Friday, May 27, 2011

.27052011.

Yeayy…Adam Nuqman dah pun masuk 2 tahun. Besar dah anak aku nih. Itupun rasa bila nak dewasa pasal ibu tak larat benor nak jaga Adam. Haha

Agaknya adat budak nak masuk 2 tahun. Lasak bukan main!!.  Memang kekadang aku surrender nak jaga Adam Nuqman ni. Fuhhh. Memang menguji tahap kesabaran aku yang paling maksimum sekali. Itu baru seorang! Camne pulak dah tambah jadi 2,3 atau 4. Ferr~ Pengsan kot. Hehe.

Aku memang respek ibu-ibu yang beranak ramai ni. Memang tahap sabar yang termaksimum skali. Tabek..

Adam ni sekarang dah pandai mengarah tau. Kalau nak susu bukan nya pandai mintak elok -elok, kekadang tuh terus mengamuk . Ingatkan apa rupanya nak susu aje. Aiseh~Pitam!.

Pastu, part suka meniru dia. Paling best masa bercakap dalam handphone. Mak ngah dia tanya “Adam buat apa”. Dia tirulah. Tapi ayat yang belakang sekali ler. “Wat ape?” Perlahan aje sore. Haha.Macam tak yakini ye Adam? Hehe.

Lagi, Adam selalu ngigau masa tido. Ini ikut abah dia nie….Tengah tido boleh pulak melalak jam 2-3 pagi. Fuhh..berdebor aku. Ingatkan anak aku jatuh katil ke.

Sekarang ni kurang makan. Tak tahu puncanya. Lagi-lagi nasik memang dia taknak. Kalau yang mee tuh dia suka. Aku tunggu dia mintak susu baru aku buat. Kalau tak membazir je susu tuh.

Haa..itu mesti nak mintak motocycle bateri yang selalu ada kat Giant tuh. Toksah nak berangan nak oii.Nak jadi mak rempit??

adam

1 comment:

  1. Baya-baya gitu macam Iqbal mmg gila motor sket. Lagi2 kat kat Giant tu.. ehehehe.. cuba la tgk muka dia bila dia naik bende tu.. sure proud gila.. macam Abah dia drive.. :)

    ReplyDelete