Sunday, April 10, 2011

Lazyness in me.

Hi,

ada ke word "lazy"ness tuh. Haha. DBP jangan saman aku sudeh. 

Lama tak menulis. Masalahnya, bila ada idea nak menulis, laptop tiada. Bila laptop ada, idea pula tiada. Haih
(-_-') .

Ekceli, terlalu banyak benda dalam pale otak aku sekarang. Im thinking like a thousand things in my head now!.Nak digest satu persatu dan tulis dalam blog ini masa pula tiada. Poyo je takde masa padahal malas. Hahaha. Lempang diri sendri.

Okey, aku mengaku. Aku sebenarnya malas nak mengupdate. Kantoi!! Meh sini tengok sebab-sebab awok malas sangat nih..

  • Aku takde idea seh - kadang-kadang bila tengah ada mood nak menulis entry nih, otakjadi blank!. Doklah aku nih perah otak memikirkan apa yang nak ditulis tapi idaknya idea tuh nak kuar. Last-last aku ber BW aje sampai lebam. 
  • Tak reti nak mengarang - kalau tengah berlambak idea tuh, nak tulis entry pulak tak reti. Bukanlah aku tak reti menulis tapi nak susun ayat tuh macam tak jadi aje. Kekadang, rasa cam nak tulis ala-ala sempoi, atau ala artikel tak pun lawak. Bila dah tulis, baca balik. Ermm, tak sedap lah ayat nih.terus delete entry dan log out. Pastu, aku berBW sampai lebam. Again!
  • Cursor laptop aku macam cilake - cursor laptop aku selalu larikkkkkk. bab ni yang selalu aku tensi. Dah panjang menaip baru pasan ejaan dah tunggang langgang. Contohnya nak buat ayat saya sangat cantik tapi poyo." Dia akan jadi "saya sacantik ya ngat tapoi yo. Haa..nampak tak? nampak?.
  • Hero aku mintak perhatian - Bila dah settings time baek punya nak tulis entry tetiba ada gangguan. Biasanya, aku akan tido kan Adam Nuqman dulu baru selesa nak tulis entry kan? Baru aje nak tulis tetiba uwaaa dalam bilik. Si Adam dah terjaga. Dahtuh, kena pulak lah teman kan dia tido semula sampai aku pun tertido sekali. Dah tuh, macam mana? 
  • Bluetooth cam lahabau - aku lebih suka letak gambar dalam entry. So, bila baca entry tuh takderlah rasa boring kan? Masalahnya, bluetooth laptop aku cam gampang aje. Nak send file dari PC to henpon boleh tapi dari henpon ke PC tak boleh??? whyyyyy??? letih dah aku check driver dia , google solution bagai tapii....hahaha. Makin fedup.

Kesimpulannya, aku memang malas. Fullstop!!



Lots Of Love,

No comments:

Post a Comment