Saturday, April 2, 2011

Ansuran mudah buang duit?

Dari tahun lepas lagi aku dah mengidam nak beli LCD TV untuk umah aku. Mulanya nak ler sambar 32inci aje sebab harga pun murah aje. Bawah 1K. Tapi budget belum ada jadi asyik bertangguh ajelah.

Rabu lepas aku anak  beranak pergi meronggeng ke umah sedara. Hamik koo..skali dia baru beli LCD TV 42 inci. Terbakar aku wehh!! Boleh pulak sedara mara aku laki bini dok psiko aku laki bini pulok beli. Memang seksa jiwa raga  dowh. T_____T.

Balik dari umah ako dok pening pale. Terbayang-bayang TVD 42 inci. Seb baek tak mengigau tapi adalah sampai tahap meroyan. Laki aku pula dok melayan lah bini dia yang cam sewel nih.

Weekend tuh aku pakse laki aku temani aku pi usha kat Kawanku Electronic. Pergi sini pun sebab teman se-opis rekomenkan. Dia kata kat sini interest murah.

Siap tunggu depan kedai sebab kedai bukak kol 11 pagi. Haha. Dah siap usha-usha tuh aku tak jadi beli pasal kena bayar downpayment dalam RM200 lebih. Bayar maksimum 2 tahun. Harga TV tuh RM 1769. Pikir punya pikir tak jadi ambil sebab aku nak ngelat dari bayar cash.

Pastu, next week aku ajak lagi laki aku usha lak kat  SengHeng tapi tak jadi amik gak sebab kad kredit AEOk  laki aku tak cukup kredit.

Aku ajak tengok kat COURTS pulak. Dah tahu interest sini paling tinggi tapi aku cakap kat laki aku pegi tengok aje. Haha

Dah usha-usha tuh, salesgirl tuh pujuk aku amik LCD TV 52 INCI siap free home theater lagi. Woihhhh..memang idaman nih. Harga cash dalam RM3788 gitu. Then, jadi nak amiklah lah nih. Bila salesgirl tuh dah siapkan semua documentation tuh dia panggil laki aku suh sign. Skali..jeng—jeng jeng..pinjam RM4K (ni campur fees apa ntah) tapi kena bayar RM9K lebih.!! Humang aihh…terkejut laki aku. Terus tak jadi amik ajak aku balik. Hahahaha. Punah harapan aku nak tv nipis.

Dalam kereta on de way nak balik, aku laki bini dok gelak sakan. Hampir2 nak sign agreement dah tuh. Sian pulak kat salesgirl sebab dah prepare semua dokumen2 tuh. Ko tahulah Courts punya style. Buat ansuran macam nak pinjam loan kat bank. Banyak betul muka surat. HaHA

Au cakap kat laki aku sistem Ansuran Mudah nih bukan nak tolong tapi lebih kepada  nak meng “bangkrap” kan lagi. Interest dia cukup nak beli 2 bijik LCD TV.!!. Bayar cash lagi murah kan?

P/S: Kena simpan duit lah pulak nak beli LCD TV 52 inci. T____________T.

No comments:

Post a Comment