Monday, March 14, 2011

Saya mahu Adam Nuqman pandai membaca seperti Qarissa dari blog Genius Baby On Board.

Selepas entry  sebelum ini yang ala-ala takbur diri itu, saya sekali lagi mencuba nasib untuk contest anjuran MSK

Seperti parents lain di dunia ini, saya juga mempunyai impian untuk melihat Adam Nuqman menjadi orang yang berjaya. Biasalah impian mak-mak macam kita ni kan?. Nak anak nanti kerja bagus, gaji bagus, ada rumah besar serta berkereta besar.

Semenjak Adam lahir, saya sering tercari-cari cara mendidik yang paling tepat dan sesuai untuk saya dan Adam. Saya  bukanlah orang kaya yang dapat tinggalkan wasiat berjuta-juta untuk anak-anak. Saya hanya dapat tinggalkan ILMU untuk dia terus hidup jika saya tiada lagi nanti. Saya nak Adam suka membaca. Kadang-kadang saya sengaja baca majalah dengan Adam hanya untuk pupuk minatnya .Menjadi FTWM bagi saya ada juga kelebihan di sebalik kekurangan. Sering kali saya dan teman sepejabat yang mempunyai anak seusia bersembang mengenai anak masing-masing. Tak lama lagi bolehkan kami menubuhkan Mothers Club kami sendiri. HEHE..

DSC00305

DSC00306Saya tidak bersetuju jika ibu-bapa menyerahkan tugas mendidik anak mereka 100% kepada pengasuh mahupun cikgu di sekolah. Kadang-kadang kita tak perasan pun tentang perkembangan anak-anak. Sedar-sedar “eh,  anak aku dah pandai mengira 1 2 3 lah”, bukan kah lebih elok kalau kita dapat menjadi sebahagian dari perkembangan mereka. Barulah lebih manis bukan?

Kebiasaannya ibu-bapa akan :-

  • Menghantar anak ke pra-sekolah .

              Seawal 3 atau pun 4 tahun sudah dihantar ke sekolah. Saya mungkin belum berpengalaman lagi menghantar anak saya ke sekolah pre-school ini tetapi bila teringatkan yuran yang banyak belum ditambah kos-kos lain kemungkinan besar saya akan menangguh rancangan saya sehingga kewangan kami benar-benar mengizinkan. Lagi pun, saya pernah terbaca satu artikel di majalah yang menulis “bermainlah dengan anak sehingga umurnya 7 tahun, 7 tahun untuk mendidik dan 7 tahun lagi untuk menasihati dan membimbingnya. .Hoh! ini mungkin saya jadikan sebagai alasan saya sahaja.

  •       Gadjet sebagai alat bantuan mengajar.

          Owh..terus terang saya katakan memang saya mempunyai niat untuk membeli gadjet canggih untuk Adam belajar. Ini pun disebabkan seorang kawan saya bercerita anak lelaki nya yang berusia 3 tahun sudah pandai membaca ABC dengan lancar. Saya cemburu dan disebabkan itulah saya ingin membelikan anak saya gadget mahal tersebut. Akan tetapi, niat saya disitu tidak elok. Saya cuma nak belikan Adam gadget sepaya dia tidak akan menganggu saya dan bermain gadget dengan harapan dia dapat belajar ABC seperti anak kawan saya .  Dan sebelum saya membeli gadget tersebut untuk adam  saya terbaca satu entry menarik di blog MSK. ENTRY ini telah berjaya membuka hati saya akan kaedah terbaik untuk mengajar anak-anak 3M. (MEMBACA, MENULIS, MENGIRA)

  •         Mengajar anak sendiri di rumah.

           Sebagai FTWM saya fikir agak mustahil untuk mengajar Adam setiap malam. Melayan karenah dia sahaja dah cukup letih inikan pula nak mengajar. Namun semenjak membaca entry Puan Watie dari blog beliau ni. saya berfikir semula. Puan Watie kata inilah pengorbanan seorang ibu. Dan saya sedar, saya pun belum ada pengorbanan boleh saya bangga kan semenjak menjadi ibu . Bangun tengah malam ataupun melayan karenah adam tengah mengamuk pun saya serahkan bulat-bulat pada suami saya. Saya teruk kan? Huhuhu..itu belum lagi ada anak yang OKU. Aduhh,,tabah sunnguh mereka kan? Saya memang kagum dan pada masa yang sama merasa diri ini belum layak menjadi superm0m seperti Mommy Lyna dan Puan Watie.

DSC00080

Mommy Lyna, saya nak jadikan kamu sebagai idola saya boleh? Tapi selepas Tun Dr Mahathir lah erk Hik  hik..Ini bukan bodek ya. Ini sungguh-sungguh. Kalau boleh saya nak lepak rumah Mommy Lyna, nak follow dia 24 jam dan lihat bagaimana dia uruskan masa dan anak-anak. Fuhhh…

Apa-apapun, ini semua adalah antara pilihan yang kita ada. Setiap pilihan baik dan buruknya. Jadi, pilih yang paling sesuai dengan kita dan anak.

Artikel ini ditulis sebab saya mengidam iPad percuma MySuperKids. Sertai Bengkel Adsense di laman web buat duit online & mulakan gaya hidup sihat dengan vitamin semulajadi ShakleeTrialPack

Sekian. Entry ala-ala ceramah tak jadi. HAHA.

1 comment:

  1. ye.. ML memang superb kan.. tun mahathir tu.. supra la kot..JOM KE: ALL IN ONE
    good luck

    ReplyDelete