Saturday, February 26, 2011

Saya mahu blog saya lebih dikenali dari blog my superkid.net.

Ya, saya pasti ramai peminat blog MSP ( My Superkid) akan anti dengan saya selepas ini. Adaaaa…aku kesah??

Di sini dengan bongkak dan takburnya, saya akan senaraikan sebab-sebab  kenapa anda tidak perlukan blog MSK lagi. Diharapkan selepas ini makin kurang yang menjadi menjadi follower MSK dan mula melawat blog cikai saya pula. Saya akan menjanjikan yang terbaik untuk pembaca semua. Dinasihatkan kepada peminat fanatik MSK yg ada kencing manis, darah tinggi serta lemah jantung , jauhkan diri dari entry ini. Sebab  takut anda “padam”. Saya tidak  sediakan insuran perlindungan untuk blog ini. Hahahaha <—ini gelak syaiton namanya.

Sudah sedia para pembaca & fanatik MSK semua!!*dengan gaya ala ahli politik.

Mari kita mulakan .

  1. Entry dan artikel.

Saya benci baca entry di MSK sebab entry-entry MSK  seperti berhantu. Sekali baca mesti akan terus jadi follower tegar beliau. Teruk bukan? Pernah sekali saya tak cukup tidur gara-gara terlalu asyik baca penulisan di MSK. Adoyai, kalau dah ketagih tuh memang susah pula nak buat kerja. Ibarat mandi tak basah , tidur tak lena, makan tak kenyang!. Tapi, jangan khuatir. Saya ada formula untuk kamu yg ketagih sepeti saya. Kamu subsribe aje MSK nih kan senang? Bijak tak?

       2.    Contest.

Baru-baru ni MSK anjurkan satu contest. Nak tahu hadiah apa? Sebijik Apple Ipad. Tak percaya?? Saya lagi tak percaya. Yang lebih tak percaya ialah semua itu hasil dari duit iklan blog. Argghhhh…, kenapa? kenapa blog sweet saya ini tak mampu bagi hadiah sebegitu hebat pada kamu? Apa yang hebat sangat dengan MSK NI? Grrr..ini yang saya dengki ni.

       3.    Penulis MSK

Mommy Lyna adalah seorang FLWM ( full time working mom). Sama seperti saya juga. Tapi saya pelik bagaimana beliau boleh buat entry yang berkualiti setiap hari? Pakai bomoh kah? atau ada robot yang pandai menulis?. Saya rasa cemburu dan iri hati dengan beliau.

Sudah lah tuh, sempat pula berniaga dan buat bengkel. Dasyat memang dasyat!!. Dibandingkan dengan saya yang juga FLWM sudah jauh ketinggalan. Mencik ahh camni!!

Kalau nak diceritakan kisah keburukan MSK ni, 7 keturunan pun belum tentu habis. Saya pun dah naik meluat nak cerita. Kalau kamu nak tahu lagi kamu layari aje blog beliau yang hampeh tuh. Saya sudah hilang mood. Sekarang saya tengah meroyan .

Saya perlu mencari cara-cara supaya blog saya lebih terkenal dari blog MSK ni. Sungguh tidak puas hati!! Huh!!

Saya meroyan  kerana…

Artikel ini ditulis sebab saya mengidam iPad percuma MySuperKids. Sertai Bengkel Adsense di laman web buat duit online & mulakan gaya hidup sihat dengan vitamin semulajadi ShakleeTrialPack

5 comments:

  1. pendengki ko ni kan.. hehehheheh. mak lawak je

    ReplyDelete
  2. mOMMY Lyna : tgh bersemangat nih. gANBATTE
    Q: ini dengki sunat..muahahaha
    zida: best errkk? tq tq :D

    ReplyDelete
  3. Nak tambah lagi sorang follower sini.. semoga berjaya mengatasi MSk (berani?.. cubala.. hehehe..guwau2..)

    Jemput ke:ALL IN ONE

    ReplyDelete