Friday, December 31, 2010

Tahun Baru 2011 dan azamku.

Salam u olls,

Pejam.

Celik.

Pejam.

Celik.

Tup tup. Dah pun masuk tahun baru

Biasa tahun baru ni mesti orang citer pasal azam. Femes lah sesape yang bernama Azam tuh kan? Ihik! :)

Ekceli, azam ni penting sebenarnya kawan-kawan ye! Sebab azam ni seperti target dan matlamat kita pada  tahun baru ini. Hidup tanpa matlamat ialah dengan hidup tanpa arah tujuan.

Hidup tanpa arah tujuan pula macam orang buta berjalan tanpa tongkat . Melulu aje. Jadi mari kita meng list kan azam –azam kita yuk!

Azam aku untuk 2011 ialah :-

  1. Nak kuruskan badan. Target 60kg menjelang hari pertunangan adik aku pada Chinese New Year ini.
  2. Target nak naik pangkat tahun ini.
  3. Nak buat biz online. Tengah usha produk-produk yang sesuai. I saay
  4. Mau beli netbook pink supaya senang ku update blog dan berBW.
  5. Nak beli IPOD Touch untuk my son. 
  6. Nak cukupkan solat 5 waktu sehari. Ini azam lama ni.Huhu

Haa…tak banyak pun azam aku kan? Cukuplah tuh. Kang banyak sangat , jenuh pula nak mencapai.Haha.

Akhir kata dari saya,

“SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2011. SEMOGA TAHUN INI BUAT KAMU LEBIH BAHAGIA.AMINN..”

happy-new-year-2011-kids-shirts

1 comment: