Wednesday, December 15, 2010

New haircut.

Salam.

Setelah berfikir secara mendalam akhirnya aku potong juga rambut. Dah lama berambut panjang dan bersanggul. Kali ini nak cuba potongan pendek pula. Dulu, pernah juga cuba potong pendek tapi aku kurang gemar pula.

And, this time I want to try it again. Hopefully it will suit me.Yeah!

Niat nak potong rambut pun sebab dah rimas dengan rambut gugur. Rambut aku memang bermasalah. Jadi, bila dah rambut pendek senang sikit nak jaga bukan?. :)

Aku siap beli syampu Dove Hair Fall untuk rambut aku. Amoi saloon kata rambut  aku dah botak sikit. Pergghh…risau giler.Amoi siap offer ginseng untuk rambut gugur tapi aku tak amik sebab tak cukup fulus. Yelah ,caj potong RM2O.00, syampoo RM20.00 pastu dia pegi offer stim rambut pulak kononnya nak tambah vitamin pada rambut. Yang itu dalam RM63.OO kot. Dah tak ingat! So total hampir RM100. Aduh, tapi berbaloi jugak sebab aku jarang pegi saloon rambut.Jadi bila sekali sekala pampered kan diri seronok juga. Hee..Amoi nih pun bukan setakat potong rambut tetapi siap urut leher dan belakang aku. Rasa release sket.

P/S: Plan nak pegi saloon rambut sebulan sekali itupun kalau cukup lah ongkosnya.

No comments:

Post a Comment