Monday, December 27, 2010

BFF? not forever.

DSC00392

kiri : aku, kanan: Along

Nama penuh dia Nor Mazidah Mohamad Dahalan. Aku panggil dia Along je. Asal dari Kulim Kedah. Umur 30 tahun. Inilah besfren aku yang dah lama aku cari. Sayang, sekeping gambar pun aku takder simpan. Sebabnya dulu takde camera phone macam sekarang. Kamera pun takder. Nak amik gambar pakai ape? Yang kat atas tuhpun gambar sticker yang aku lekat di diary aku.

Aku dah cari dia kat Facebook, Friendster, Google tapi tak jumpa jugak. Aku nak sangat jumpa Along. Kami lost contact hampir 5 tahun agaknya. Last update pun , yang aku tahu Along sekarang di Sarawak.

Awal tahun 2007, dia dah pun melahirkan anak lelaki di Sarawak. Aku ingat nama anak lelaki dia. Mohd LukmanHakim. Tapi, aku tak tahu nama ayahnya. Along jarang bercerita pasal suaminye.

Masih teringat perbualan kami yang terakhir. Along kata anak lelaki dia comel sangat. Putih bulat dan comel. Ya, aku dapat bayangkan. Mesti rupa anak Along seirasnya. Aku nak sangat jumpa anak dia yang comel.

4 tahun lepas, aku menyesal sebab tukar nombor henpon lama aku. Kalau aku masih maintain nombor lama mungkin ada harapan Along untuk contact aku. Aku tukar pun sebab aku marahkan Along. Aku marah sebab aku tak dapat contact dah nombor dia. Nombor suami dia pun aku tak dapat contact. Seolah kedua-dua nombor tuh dah ditutup. Hampa.Memang aku hampa hingga aku muerajuk dan menukar nombor baru!

Tapi, sekarang aku menyesal. Aku tak patut tukar nombor. Aku takder no phone di kampung dia. Aku dah cari dalam diary-diary tapi takde pula aku catat di mana-mana. Hampa lagi.

Kalau sesape yang kenal ngan Along ( sebelah kanan gambar diatas), silalah impon aku.Jasa korang aku sangat lah aku hargai.

P/S: Along, aku tak sabar nak jumpa ko. Nak tengok anak lelaki ko. Apa citer ko skang errk? Ko nak tahu, aku pun dah ada anak lelaki. Boleh lah mereka berkawan bersama-sama macam kita dulu kan? Along..aku rindu sangat kat hangggg. :,(

No comments:

Post a Comment