Sunday, December 26, 2010

Apabila Adam Nuqman dah mula…..

Bila Adam Nuqman dah setahun 7 bulan..

DSC00241

Sudah pandai merajuk dan mengamuk bila tak dapat apa yang di minta. Contohnya:-

  • Nak pergi jalan-jalan walhal baru sampai rumah.
  • Nak pegang stereng kereta semasa Abah sedang drive.
  • Nak minum air sejuk masa musim sejuk. Ibu takut Adam demam atau batuk.
  • Nak mintak dukung.
  • Nak main dengan barang yang bahaya seperti pen,majalah Ibu baru beli, set manicure dll.
  • Nak panjat kerusi makan yang tinggi. Ibu takut jatuh. Huhu

DSC00138

Bila Adam Nuqman dah ada gigi. [ 4 atas 2 bawah ].

  • Tak mo gosok gigi. Walhal dah macam-macam berus gigi ibu beli. tAlih-alih bila nampak gigi Adam macam kuning sikit aku pakai kain lampin cuci gigi Adam. Hehe
  • Semua benda nak masuk mulut. Ini normal kan? Semua benda dia nak rasa. Tapi bila suh makan tak mo pulak dia rasa. Adam nih susah nak cuba makanan yang pestime dia nampak. Haih~
  • Dah pandai sebut word yang simple-simple seperti Bye..! ( ni expert), Akut (takut), Catu(satu), Bu(ibu), Bah(abah), Anyah( Angah-makngah dia), banyak lagi tapi malas lak nak taip. Owh, yang paling aku bangga kan dia dah pandai sebut Allah. Walaupun pelat sikit tapi inilah word pertama yang aku ajar dia. Adam akan letak satu tangan di telinga seperti orang bang dan sebut Allah. Alhamdullilah..
  • Dah pandai makan sendiri. Tapi kena temanlah pulak. Kalau takder orang sebelah dia takdenyer dia nak mamam.

DSC00268

Bila Adam nak tido;-

  • Mesti ada botol susu dan bantal busuk kuning dia tuh. Kalau takde dua-dua item tuh dia akan merengek-rengek.
  • Adam memang suka tutup muka dengan bantal. Nak elakkan cahaya silau.

Ermm..begitulah peel anak  nak membesar. Banyak bersabar lahh..hehe Winking smile

1 comment: