Sunday, November 14, 2010

Oh! Abang Bil

Gua bukanlah peminat tegar Si Nabil ni. Cuma, gua meminati lawak dan lakonan dia. Mungkin disebabkan lawak dan lakonan Nabil yang bersih dah ada ciri-ciri lelaki baik maka itulah gua meminati beliau .Kalau dilihat dari rupa paras beliau memang tak boleh lawan Fahrin Ahmad ataupun Aaron Aziz tetapi beliau ada pakej yang baik. Lawak yang bersahaja dan tagline Lu Pikirlah Sendiri memang terbaik. Sebab itu bila ada yang kata LU boleh lawan Apek sebagai pelawak no .1 gua tak kisah pun. Sebab gua rasa lu memang layak.

Tetapi, Abang Bil…

Camnelah boleh terpampang gambar Abang Bil comolot nih?Adoiyai, gua ingat lu nih jejaka kampung yang masih menjaga adat orang melayu kita.Tapi nampaknya wa silap! Lu tak seperti yang gua bayangkan selama ini. Pastu,lu boleh kata superimpose.Haha.Memang lawak tul.Gambar tuh nampak real giler.Tak nampak pun macam superimpose.Dahlah, tak perlu nak ditegakkan benang yang basah.

Sudah-sudahlah bikin kontroversi Abang Bil.Tak malu ke ngan orang kampung?Ngan keluarga ?Ngan sedara mara? Baru setahun jagung jadi artis dah banyak problem. Lu nih tak kuat iman agaknya.Itulah orang nak femes, lu nak femes jugak. Skang,sape yang malu?? Lu dan keluar keluarga lu jugak yang malu bro. Gua nih yang dulu tabik kat lu pun rasa malu jugak.

Dah,dah..cakap banya tak guna. Gua bukan nak marah lu tapi gua terkilan aje .Muka cam budak baik tapi peel macam toot rupanya.Lepas nih malas dah nak tengok muka lu kat tv dah. Apalah~.Pepehal bro, LU PIKIRLAH SENDIRI!!

 

P/S : Segala merepek meraban aku hanyalah luahan perasaan aku aje.Tidak ada kena mengena sama ada yang hidup ataupun yang mati.Sekian.

No comments:

Post a Comment