Sunday, November 21, 2010

Ikan Puyu The Mystical Fish?

Ya, siapa yang tidak kenal ikan puyu sila google “ikan puyu” di desktop anda sekarang!. Jangan jadi seperti aku yang “buta ikan”.Hehe. Maklumlah orang bandar seperti aku jarang mengambil tahu perihal ikan-ikan sungai ini. Yang biasa nampak yang itulah aku tahu.

Namun,setelah berkahwin dengan jejaka kampung aku belajar dan tahu banyak perkara baru terutama hal masakan orang kampung. Hari raya Aidil Adha baru-baru ini, MIL hidangkan pucuk betik. Ok, pucuk betik adalah normal. Yang membuatan aku rasa tak normal adalah bila my MIL kata pucuk betik dicampur dengan air tanah! Euww..memula rasa tak lalu nak makan. Tapi, akhirnya makan juga demi menjaga hati MIL. Ermm..boleh tahan!

Satu lagi lauk kampung yang pertama kali aku cuba ialah ikan puyu goreng! Hello, eventhough mak aku nih tauke gerai makan akan tetapi inilah pertama kali makan ikan puyu.Sadis kah?

Ikan puyu itu pulak MIL pancing sendiri di belakang rumah. Kampung hubby kawasan sawah padi. MIL aku goreng ikan yang kecil-kecil dan makan begitu sahaja.Ya, makan dengan tulang-tulang sekali. Buat ratah! Sedap juga..Hiks!

126

Hah! kamu nampak tak ikan puyu dalam balang tuh? Itu ikan puyu kami nak bela. Kamu tahu tak ikan puyu banyak lagi kelebihan selain sedap di makan. Hubby kata boleh elakkan dari kena ilmu pukau. Bila kamu nampak ikan itu seperi gelisah dan melompat-lompat. Ha..itu tandanya rumah kita dalam bahaya. Sekarang nih banyak orang mencuri guna ilmu pukau jadi harap-harap lepas bela ikan nih selamat sikit umah aku. Hehe.Tapi,masalahnya ikan puyu nih tak boleh dicampur dengan ikan lain kerana sifatnya yang suka bersendirian. Ini ada beberapa link yang menunjukkan kelebihan ikan puyu.

http://pembekalpuyu.blogspot.com/2009/04/ikan-puyu.html

http://www.gempakz.com/kaki-pancing-f90/ikan-puyu-t353.htm

P/S ; Dah plan nak beli akuarium minggu depan!

No comments:

Post a Comment