Tuesday, November 23, 2010

Berkorban apa sahaja.

Berkorban apa saja, harta ataupun nyawa..” Haaa..ko! skali kuar lagu P.Ramlee.

Raya korban dah lama lepas. Baru sekarang nak update citer pasal korban? Rilex luh…

Aku sebenarnya dah lama niat nak berkorban ni. Tapi asyik bertangguh aje. Belum yakin dengan keputusan aku. Aku takut lepas aku berkorban nanti keadaan akan jadi makin buruk pula.

Namun, setelah aku berpikir selama berbulan-bulan maka akhirnya aku telah membuat satu keputusan muktamad. Rambut aku yang sudah panjang lebih dari bahu ini akan aku korbankan. Lagipun, rambut aku nih dah tak berapa nak sihat. Banyak masalah. Haih!

Aku terpaksa berkorban juga demi masa depan kepala aku nanti. Terpikir juga style rambut yang baru. Rasa nak potong rambut pendek macam lelaki. Senang sedikit nak jaga. Cuma dah tak boleh buat tocang masa pakai tudung nanti. Takpelah, kata berkorban kan…aku dah survey beberapa short haircut.

halle_berry_pixie

Halle Berry - Nampak berserabut macam tak sikat tapi cantik jugak. Rambut aku jenis halus dan kurang bermaya. Sesuai ke tak erk?

sarah_harding_short_hair_cutSarah Harding – Aku suka dia tutup mata sebelah. Nampak seksi dan misteri. Rambut kena lurus. Rambut aku bukan jenis lurus sangat. Tapi boleh dicubalah.

milano

Alyssa Milano – Gile pendek cam lelaki. Cantik! ke sebab muka dia yang cantik erk..

keira-knightley-short-hair-photos-09

Keira Knightly – Fridge style kot. Nampak kiut .Mungin sesuai dengan bentuk muka aku nih. Ake memang minat cutting yang kiut nih cuma aku rimas ada fridge nih. Kalau aku potong haircut macam nih, takut tak jadi fridge tuh sebab aku dok sikat ke atas. Aku cepat rimas wehh~

Nekad dah nekad nak potong tapi tak tahu pulak nak pilih haircut yang mana satu? Kang mau sebulan aku pikir pasal haircut pulak. Haha.

1 comment:

  1. Perubahan pasti membawa rasa kelainan dalam diri anda...:)

    ReplyDelete