Monday, October 18, 2010

Stress + Windu = Tension

2005-2007

Aku baru join company ni selepas 4 bulan menganggur. Masuk pakai SPM aje.Diploma aku simpan aje dalam folder. Minggu pertama memang buhsan giler. Aku termenung belajar benda baru seperti lipat surat, tulis consigment note, masukkan surat dalam sampul dan gam.Haha.Macam haram!!

Minggu kedua, dah mula nampak keje aku macam mana. Maknanya tanggungjawab tuh sudah lebih sikit. Keje memang agak fun sebab still learning . Stress sikit-sikit datang. Abg-abg senior ramai suh aku blah aje klu dapat offer tempat lain.Termasuk manager aku.Dia perempuan maka mungkin sebab itu selalu bagi cadangan yg tak bernas pada budak baru seperti aku.

Memula memang stress giler. Dengar rumours macam-macam.Paling takut, aku dengar ada EXIT LIST untuk mereka yang gagal performed. Aduhh! aku nanges aje buat keje.Keje lak berlambak tambah lagi ngan pressure .Tapi, BIG BOSS sangat pandai.Even, keje ko banyak tapi aktiviti memang fun gilerr.Team Building ,indoor and outdoor games , kuiz, depatment deco and show dan mcm-mcm lagi .Benda-benda tuh sebenarnya mengimbangi keje kami yang full time with stress. Aku paling rindu time-time ni.Best giler.

n1665333010_48401_6822

2008-2009

Tahun –tahun nih dah kurang semer aktiviti tuh. BIG BOSS pun bertukar ganti.Banyak proses baru masuk yang pada aku lebih banyak menyusahkah dari menyenangkan.  Dulu setiap staff dapat claim seorang rm 400 untuk cermin mata dan gigi. Staff  yang berkhidmat lebih dari 3 tahun dapat award seperti jam tangan Tissot dan rantai mahal. Owh, budak batch selepas aku kena bagi notis 3 bulan untuk berhenti kerja.Gila perr!! Long Service Award dah dinaikkan dari 3 tahun kepada 5 tahun.5 tahun? its okay I can wait. Smile

 

images

2010.

Big boss tukar lagi .Kali ini dari Singapura.Semua proses Singapura dah masuk Malaysia.Staff Mortgage yang dulunya seramai 60 orang dah bertambah ramai. Staff kontrak merata-rata.Tunggu setahun lebih pun tak tentu dapat permanent.Sian mereka.Yang terbabit ngan team Spore juga kesian. Gaji setara aje dengan team Msia tapi cuti tak setara.Contoh, kami ada cuti Hari Malaysia mereka takder.Jadi terpaksalah kerja.Tapi, dengar citer mereka dapat claim.Berapa jumlah, aku kurang periksa pula.Aktiviti menghias department juga dah terpecah kepada 2 bahagian sebab separuh dari kami kena pindah Ground Floor.So sad~.

Kalau perasan tahun demi tahun, bukan makin seronok tapi makin sufferred.Yang terbaru Long Service Award dah dinaikkan ke 10 tahun!!Bermakna aku kena stay sini sampai umor aku 35 barulah merasa pakai jam Tissot.Uwaaa..working here such an  unfair.Makes me want to quit my job very-very fast!! Broken heartBroken heart

No comments:

Post a Comment