Saturday, September 11, 2010

.Syawal 2010

Salam u ols & Salam Aidilfitri.

Pejam celik pejam celik dan pun habis Bulan Ramadhan kan? Blog aku pun rupa-rupanya dah bersawang dekat 2 minggu dah. Camne nak jadi blogger femes kalau susah nak bagi komitmen nih kan?Adehhh..

Sebelum nak bebel panjang-panjang nak tepeklah dulu gambar raya tahun nih.



Haa..amik ko.Orang lain dok buat poskad aku pun nak lah jugak kan.Tapi kurang seorang dalam gambar ni.Tuh, abah Adam tengah baik punya melantak kat belakang tuh haa.Abah dia low profile jadi biar ibu da adam aje interprem dalam blog yang ta seberapa nih.Ceewahh!! hahaha

Tahun nih, kami sekeluarga cenonet nih beraya di Gombak dahulu. Di rumah parents aku. Besok, InsyaAllah beraya di Kuala Selangor belah husband aku lak. Teringin lak nak amik gambar Adam tengah -tengah sawah nun.

Malam sebelum raya tuh, aku,suami ngan adik aku soang gi jenjalan ke Danau Kota.Soping last minute! Dapatlah aku tudung raya 2 pasang lagi.Abah dia beli seluar ngan capal nabi.Adik aku lak sempat pau aku songkok dan butang baju melayu.

Erm,nak kata raya tahun nih sengkek sangat tak jugaklah kot.Baju raya aku 3 pasang tahun nih.Macam banyak sebab tahun lepas aku tak buat langsung baju raya .asut aku beli 2 pasaang. Tudung pun dah berpasang-pasang gak. Adam punye lagilah berpasang-pasang.Sib baik baju raya Adam aku dah beli awal-awal lagi dah.So, tak terasa sangat lah banyak duit keluar kan.Duit raya unruk bebudak aku terpaksa cut off sikit.Budget agak kurang sebab terpaksa pakai duit beli periuk nasi dan mesin basuh yang rosak masa bulan pose itu hari. Dahlah baru tukar peti ais baru ngan beli microwave.Memang naya aje.Tapi takpe, walaupun begitu raya tetap raya kan?

Barang kat rumah banyak jugak yang dah bertukar ganti tapi tak dapat jugak aku buat open house lagu tahun nih..Langsir tak sempat tukar baru, alas meja, langsir pintu bilik, karpet lagi.Ermm, dah beres yang itu Insya ALLAH baru tak tak malu sangat  jemput orang datang rumah.Itu projek nexy year pulak kan.

Tahun ni aku rasa pestime aku sekeluarga pergi beraya umah orang yang bukan sedara.Petang raya pertama kitaorang beraya di rumah pengasuh Adam. Itulah the only rumah yang pergi pun.Jadilah kannn?

Oklah, mata pun dah ngantuk nih.Banyak lagi nak cerita tapi dah tak larat.Next time kita sambung balik yerr..


Lots Of Love,

No comments:

Post a Comment