Saturday, September 18, 2010

.Syawal 2010 : Episod 1

Tahun nih giliran beraya di Gombak,umah parents aku. Makanya, raya kedua dah chow ke Sekinchan. Lepas breakfast baru bertolak.Ingat Raya kedua jalan tak jammed ke? Jammed weh~Dalam kereta aku hanya berdoa supaya cepat sampai ke kampaung.Tak larat weh jalan jauh-jauh dengan kereta dan anak nih. Adam lak stail buas giler.Mana der reti nak duduk diam.Nama je ada carseat tapi tak penahnya Adam duk situ diam-diam.Ada pun paling lama adalah dalam 5 minit.Haha.

Sampai je kampung, aku salam terus mak mertua aku.2 orang kakak ipar aku lupa nak salam.Boleh?Alahh, aku penat lah jalan jauh-jauh. Haha.Macam jauh sangatlah Gombak ke Kuala Selangor tuh.

Lepas salam ngan mak mertua aku pi ruang tamu.Okey,langsir dah bertukar,sarung kusyen juga dah bertukar,biskut raya pun dah siap bersusun di atas meja. Suasana raya tuh dah adalahh...Akan tetapi, satu aje yang kurang.Ini tiap-tiap tahun akan berlaku di rumah mak mertua aku. Juga disesetengah rumah sewaktu hari raya.Iaitu tuan rumah dan segala ahli keluarga hanya memakai baju harian aje! Siap kain batik bagai.Aduss..kalau kat umah mak mertua aku nih, memang aku takder feel nak raya langsung.Duit raya bebudak nih@anak sedara aku wat tak reti aje.Dah tuh,derang pun tak reti-reti nak beraya ngan aku nih ke?Lantaklah duit raya kowang.Haha.Jahat giler Mak Tam kan? 

Kalau masuk dapur pun,menu hari-hari. Ikan sambal wajib ada.Sib baik ikan sambal mak memang sedap giler.Kalau makan ngan nasi putih panas memang umphh! Jadi itulah juadah hari raya kedua di rumah mak mertua saya.Hari ke3 pulak, cuba teka ada apa? Laksa wehh! Faveret aku lak tuh.Tapi laksa dia pelik sikit.Mungkin sebab raya jadi laksa dia agak berbeza. Laksa kosong tanpa bahan-bahan seperti timun,telur rebus,cili atau sebagainya.Adehh! lesu aku raya kat sini.Ingatkan kat kampung lebih meriah  dari bandar tapi yang ini kes special.Hee...


Haa,,bila baca kat atas nampak cam aku benci atau menyampah nak raya kat sana kan? Ya, mulanya memang hati aku berat giler nak beraya kat sana .Tapi bila dah bersembang ngan husband aku barulah boleh terima keadaan tuh sikit-sikit. Aritu, aku tanya husband aku memang kat sana tetiap tahun raya macam tuh ke?Husband aku kata dulu tak.Tapi sebab adik beradik lain tak reti nak hulur duit itu yang macam tak cukup banjer tuh.kesian pulak kat mak mertua aku.Patutlah lauk ala kadar aje rupanya takder budget! Insafff...uhuk uhuk. Lenkali jangan cepat buruk prasangka Puan Lynnda ye!


Lots Of Love,

No comments:

Post a Comment