Sunday, August 22, 2010

BabyIbu Giveaway : Weego Bottles

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan,

Hari ini aku nak citer satu story yang best.Best giler hingga menjilat jari .Tapi bulan pose jangan jilat jari errkk dikhuatiri batal pose anda semua.

Alkisah pada suatu hari yang boring, saya macam biasa sukalah melawat a.k.a blogwalking blogger-blogger yang lain.Blogger yang saya selalu pergi adalah BabyIbu. Saya biasanya silent reader aje sebab tak tahu nak komen apa? Dah follow blog dia since Adam dalam perut lagi tauu!! Tapi masa itu belum ada blog sendri lagi. BabyIbu, sila jangan marah saya  sbb tak tinggal jejak yerr..Uhuk uhuk.Lepas nih saya cuba rajin tinggal komen kat blog BabyIbu.Heee..

Ok, ok..itulah aku nih kalau bagi betis mesti nak peha.Asik melalut ke laut aje. Fokus...Fokuss..

Sebenaqnya, cheq nak crita BabyIbu ada buat contest kat Blog dia. Tajuknya BabyIbu Giveaway: Weego Bottles .Pestime tengok Weego nih memang cam jatuh chenta pandang pertama.Dahlah aku suka kaler warna-warni nih.Kalau boleh cam nak beli semer kaler.

Botol Weego yang superb cun!!
  




Ko jangan ingat botol nih setakat cantik pada rupa ya!! Macam-macam kelebihan botol dia tau! Orang omputih kata "comes with one package".Memang awesome.!!

Antara kelebihan yang korang takkan percaya punya adalah : -

1.  Design Botol - Di design khas supaya sesuai dengan kanak-kanak.Covernya yang colourful tuh direka supaya senang dipegang dan tidak licin.Warna nya juga dapat menarik perhatian anak-anak kita. Malah, kalau kita tukar penutup (dijual berasingan), kita leh letak benda-benda lain cam jus ataupun snack.Perfect untuk travel ataupun lunchbox.

2. Puting Weego - Puting Weego juga direka supaya bebas toxic dan plastik.Serta tidak mempunyai bahan kimia.


3. Kualiti Botol - Yaa? tak percaya? Botol Weego ni diperbuat dari kaca. dia takkan pecah bila jatuh sebab dilindungi oleh silicone cover tuh.Menarik bukan? Bila dah dibuat dari kaca jadi rasa bau masam tuh takderlah.Jadi taklah botol susu anak kita berbau masam bukan? Kaca yang digunakan dibuat dari borosilicate glass. Maknanya,dia adalah penahan haba/thermal yang baik.Anda boleh keluarkan dari freezer dan terus panaskan susu. Confirm tak pecah atau retak derr..

4.Saiz Botol - Ada dua saiz pada yang boleh korang order iaitu 4oz dan 9 oz.

5. Pilihan lain- kalau ada yang takno beli botol susu yang supercun nih boleh juga beli produk lain cam Teether Weego.Yang nih pun cantik gak.Berbentuk cam gelang.Mudah bayi untuk gigit. Warna yang terang tuh pasti dapat menarik perhatian bayi.

teether yang super cun
Aduhh...byk giler benefit kalau beli Botol Weego orang.Orang kata "berbaloi-baloi!!' Gerenti korang tak nyesal punya.Nak beli tak? Nak beli tak? Senang jer nak beli nih.Kalau cari kat kedai mmg tak jumpa punya.Boleh beli online kat WeegoBottle. Mudah bukan? Semudah A, B, C!!




Lotes Of Love,

1 comment:

  1. komen saya..botol nie memang cantik dan berkualiti,...memang berbaloi2...tp saya nak betulkan sket..botol nie bole didapati di kedai juga iaitu di Mothercare.

    ReplyDelete