Friday, July 9, 2010

Pause & Break

Ada satu monitor di hadapan aku. Aku sedang enak menghabiskan kerja opis yang tak habis-habis. Setiap 5 minit, pasti aku melihat waktu di monitor aku.Aku tidak sabar hendak balik dan bermain dengan Adam sedangkan kerja yang banyak perlu diselesaikan hari ini jugak.

Setelah hampir 3 jam mengadap monitor, aku memandang Abang Sopi yang mejanya di sebelah aku.Bukannya aku pandang sebab dia hansem atau kacak kerana memakai kemeja hitam.Cuma nak merehatkan mata seketika. Aku lihat dia masih tekun membuat kerjanya.

Tiba-tiba,

“Abang Sopi(bukan nama sebenar), “, awek bersuara lembut menyapa Abang Sopi.

Awek bersuara lembut bertanyakan sesuatu kepadanya.Aku masih setia memerhatikan mereka.Entah apa yang disoal oleh awek bersuara lembut tidak pula aku ambil tahu. Aku hanya memandang mereka dengan pandangan kosong.

Sedang mereka berbual tuh, aku terlihat Abang Sopi menggunakan shortcut keyboard.Dah lama aku mencari shortcut keyboard yang nak diguna dengan sistem yang kami selalu gunakan semasa membuat kerja-kerja memprosesan.Lalu segera aku bertanya kepada Abang Sopi.
“Eh, macam mana ko buat tadi tuh? Ajar kat aku “,
Abang Sopi masih melakukan kerjanya.Dia buat tidak tahu dengan pertanyaan aku tadi.Mungkin rasa berlagak mula mengambil alih. Huh!!Melihat dia tidak menjawab, aku tekan-tekan keyboard dia.Aku cari sendiri. Dia rimas kerana aku kacau dia buat kerja.

Tiba-tiba,

“Puss and break”, Abang Sopi bersuara.

Aku menoleh ke arah Abang Sopi. Wajahnya penuh keyakinan.Matanya tidak memandang ke arah aku dan awek bersuara lembut yang sedang kebingungan.
Aku memandang ke keyboard semula.Aku lihat pada bahagian yang beliau tekan sebentar tadi.
Butang Pause and Break adalah aku nampak. Bagaimana Pause boleh berbunyi Puss???
Aku terus gelak sampai terkeluar air mata. Hahahaha..Apa daaa..


P/S : Inilah Puss Abang Sopi. Bukan pussy-pussy cat tau!

Lots Of Love,

No comments:

Post a Comment