Tuesday, July 6, 2010

Mana tak tumpah kuah kalau tak ke nasi.

Salam u olss,

Dulu kalau nak tido, aku ada satu tabiat yang aku pun tak sedar. Sekarang ini baru perasan yang aku ada tabiat tuh.Itu pun hubby yang cakapkan.Kalau tidak, sampai ke tualah aku tak tahu aku ada peel buruk. Ekekeke.

Dulu , bila aku nak tidur biasanya aku akan telekupkan bantal atas muka.Tak kiralah kalau aku tido mengiring ke, melentang ke mesti ada satu bantal lebih selain bantal peluk. Dua-dua bantal nih kalau takde aku tak tidur nyenyak.Cuma sejak Adam lahir, aku dah tak buat dah pasal takut bantal tuh terhempap pada Adam. Adam tido kat sebelah.

Lately nih, aku tengok Adam pun dah pandai tido telekupkan bantal pada muka. Sampaikan petang tadi pun, bibik dia kata dia tido letak bantal atas muka. Hee~

Lagi satu, kalau bagi Adam pegang biskut.Bukannya dia nak pegang biskut tuh, dia letak aje biskut tuh kat hujung bibir . Sampaikan Mak Ngah dia pun perasan. Mak Ngah pun kata ikut peel aku. Hahaha!!

Aku sendiri pun tak perasan aku ada peel macam tuh sampailah Adam buat.

P/S : Adam...Adam...kenapalah ko ikut peel ibu, ikutlah peel abah yang rajin tuh. Ibu nih pemalas sikit sampai nak makan biskut pun malas nak pegang. Huhu!

Lots Of Love,

No comments:

Post a Comment