Friday, June 25, 2010

Gua kena pau dengan 2 abang.

Lokasi: Berhampiran Cheras Leisure Mall
Masa dan Hari : 13:10PM : 24/5/2010
Objektif: Meronggeng sambil menghabiskan wang ringgit.

Masa nih gua tengah layan jiwa yang gersang sorang-sorang selepas cuti yang terlalu lama. Gua pun hantarlah hero gua, Adam Nuqman ke rumah bibiknya.Selepas itu dengan rasa penuh teruja gua memandu Evo 8 Kancil gua memecut ke CLM.

Dah sampai tuh, gua pusing 2 kali semata -mata nak cari parking.Gua budgtr kalau keluar time orang keje mungkin senang dapat parking akan tetapi, gua keciwa bila susah bebenor nak cari port parking.

Alih-alih, gua parking baek punya kat belakang sebijik kereta.Selepas itu, gua pun layan diri sorang2 kat CLM.Sebelum balik, gua tapau MCD untuk santapan gua.

Setelah nafsu gua dah dilayani, gua pun kembali ke EVO 8 kancil gua.Gua tersurprise  bila kat cermin keta gua ada 2 ...ya!! ada 2 ye bukan 1 tetapi 2 keping surat cinta.Memula gua neves jugak bila nampak ada 2 keping surat kat kereta gua. Gua pikir sapalah yang hantar surat cinta kat gua nih? Kalau iye pun syok giler kat gua, cekap lah depan-depan. Tak acilah main sorok-sorok macam ini.

Lu orang nak tahu tak sapa bagi surat cinta kat gua.

Sorang tuh namanya Abang PDRM dan soang lagi Abang MPK.Waaa~~skali terkena mamat pisau cukur daa..soang pau gua RM300 soang lagi RM100.Huhu~nasib badan..

P/S: Gua ingat nak tepek surat cinta gua kat sini ,tetapi laki gua dah rembat sebab terlampau cemburu bila wife dia dapat surat cinta.Haha,


Lots Of Love,

No comments:

Post a Comment