Wednesday, May 26, 2010

Who is Khadijah Williams?

Salam u olss,

Bagi salam dulu, barulah afdhal. Hiks!

Sebenarnya aku berniat nak buat entry nih dari siang tadi tapi si Adam asyik melekat aje. Tak boleh langsung nak bergerak. Asal nak bergerak aje nangis, jadi terpaksalah aku terbaring aje depan TV.Huhu! * pale pening sebab banyak sangat tengok tv secara paksaan.

Entry nih pun sebab asyik depan TV ajelah.Abih sumer channel kat ASTRO aku bukak. Aku selalu buka channel 702,  rancangan talk show Oprah Winfrey. Sebab apa suka tengok Oprah?Sebab biasanya topik dalam rancangan Oprah berunsur kehidupan dan inspirasi. Yeh! I like~* tetiba teringat iklan "timebreak" yg ader pompuan jadi mesin karaoke tuh.

So,berbalik pada topik kita hari nih ye puan-puan.Siapa kenal Khadijah William? *ada unsur riak disini.Model?Pelakon? apa? Ahli Muzik? Uppss, aku dah mula merepek.Fokus-fokus!

Ekceli, Khadijah Williams bukanlah adik beradik dengan Vanessa Wiliams ye puan-puan. Khadijah William adalah seorang gadis yang mana dulunya hidup merempat bersama ibu dan adikberadiknya yang lain.Tinggal cuma di lorong-lorong dan tempat perlindungan. Tempat kegemaran nya adalah perpustakaan. Di perpustakaan awam, beliau akan membaca sebanyak mana buku yang boleh sehinggalah beliau berjaya ke Harvard. Beliau berjaya ke Harvard setelah menulis satu esei mengenai pendidikan.
Jadi, sini bolehlah dirumuskan bahawa knowledge is the most powerful tools. Aku selalu jumpa parents yang bertungkus lumus mencari duit hantar anak ke sekolah bagus, belikan itu dan ini sampai lupa tanggungjawab sebenar sebagai ibu bapa. Kononnya bila mereka dah tak mampu bekerja nanti duit yang dikumpul itu akan menjadi kehidupan. Akan tetapi sampai bila, bila kamu dah tiada di muka bumi ini. Harta walau dikumpul banyak mana pun akan habis jua tetapi kalau kita banyak ilmu semer harta akan jadi milik kita. Insya Allah!! Jadilah ibu bapa yang berpengetahuan. :)* oleh itu silalah join saya di Program Score A kerana saya juga salah seorang pengedar. Hiks
gambar ambil dari Cik Google je. Kalau nak tahu info lain sila tya Cik Google!! Oh ya, Cik Khadijah yang besar tu ye. yang kecil tuh adik beliau kot.

Lots Of Love,

No comments:

Post a Comment