Sunday, May 2, 2010

Operasi Conteng Muka

Salam U olls,

Hari ni aku buat kerja giler. Ekceli dah lama bermain kat dalam kepala hotak aku cuma masa aje kurang. Jadi, di tengah hari Ahad, aku dan Angah pegi Giant Batu Caves. Aku kata kat Angah aku teringin nak bersolek sebab merasakan diri sudah tidak menarik lagi atau ianya disebabkan perubahan hormon ibu -ibu baru? Erm..

Angah yang tolong pilihkan segala mak bapak alat-alat mekap. Yang aku tak penah beli selama ini pun aku amik. Aku beli satu 2 way Foundation Cake Silky Girl, mascara,blusher,gincu ngan pensel hitam yang untuk mata tuh.Apa ntah nama dia. Lupa..

Balik dari Giant, bermulalah operasi meng 'makeup'kan diri. Memula Angah suh aku cari line kat kat kening pakai liner ( aku dah ingat nama pensil tuh..hee). Aku pun conteng aje lah satu garis kat kening. Dibantainye gelak.Nampak sangat aku tak penah make up kan!! Cari tulang pipi pun tak jumpa. Mama kat dah macam kartun.!!Aiseh..Hubby pun dok senyum-senyum.Haa...baru nampak lawa bini awak iye dak!! Entah-entah dalam hati dok baik punya cakap aku BUANG TABIAT.HAHAHA!!

Seingat aku lah, kali terakhir aku make up bagai pun masa aku kahwin lah. Itupun khidmat mak andam. Kalau nak harapkan aku make up muka sendri haram makcik tak tahuuu..huhuAku sempat juga  amik gambar seblum dan selepas makeup. Kunun-kunun cam dalam iklan majalah lah.Jadi model seblum dan selepas ajelah.HEHE!!

 gambar sebelum: masa nih nak senyum pun macam kayu kan?

:gambar selepas:

Nampak tak perbezaan antara kedua-dua gambar? Nampak lah lain sikit kannnn.nampak cam naek ceri cikit kan? HAHA!! wa puji diri sendwik aje lah..


No comments:

Post a Comment