Tuesday, February 16, 2010

Bila Adam dah ada gigi susu.

Salam u olss~

arini ni kite nak citer ape errk? kekadang tuh byk lak ide yg datang, kekadang langsung tarak? HUHU.Kite citer pasal ADAM lah yerk!! beshh..haha

Adam skang nih dah tumbuh gigi. 2 batang di bawah dan 4 batang di atas. All this while, kita ingat tak yah leh nak gosok gigi baby pasal baby kan still kecik. Mana ada berus gigi saiz kecik pun kan? So, kite surf lah tenet cari info sket. Taraaa...ngupenya dari awal dah patut berus berus gigi Adam. Lepas nih nak kena berus gigi dia psal mulut adam pun dah mula berbau. HUHU

paste INFO:

ANTARA perkara yang menggembirakan ibu bapa ialah melihat gigi pertama anak kesayangan mereka tumbuh. Dalam kegembiraan itu, ramai ibu bapa terlupa atau tidak tahu bahawa tanggungjawab menjaga gigi si kecil sudah bermula. Caranya mudah, iaitu membersih gigi dengan sehelai kain lembut yang dilembapkan setiap kali selepas disusu. Mungkin ada yang bertanya, adakah perkara ini perlu kerana gigi si kecil hanya ada sebatang, itu pun baru nampak seperti satu garisan halus.

Jawapannya perlu. Ia penting untuk memupuk tabiat menjaga kebersihan gigi sejak anak masih kecil, iaitu setiap kali selepas makan atau minum susu. Malah, ada doktor gigi berpendapat, ia boleh dilakukan lebih awal sebelum tumbuh gigi bagi membiasakan anak dengan amalan ini.

lINK: http://ratuhati.com

No comments:

Post a Comment