Saturday, August 29, 2009

Alkisah Adam Nuqman

Perghh..semalam Adam tido nak dekat kol 2 pagi.Sib baik aku tak keje keesokkan harinya.Kalau tidak maunye aku jadi cam mayat hidup nanti.HEEE..

Ceritanya Adam meragam semalam.Dah kasi minum susu ,dah bagi ubat kembung perut, dah sapu minyak Yuyi dan bagi ubat demam still dia menangis lagi. Kalau jenis menangis sket2 takpelah nih nangis kuat Ya Rabbi. Aku rasa mau satu flat nih dengar sower si Adam ni.HUHU.

aku surf google cari info sket pasal perkembangan bayi nih. so that nanti aku leh predict sket2 peel si adam nih. Jom tgk bawah:


Bulan Pertama:
Bayi yang baru lahir boleh melihat bayang-bayang. Dia boleh mengecam dan tertarik kepada bunyi. Dia akan tidur sepanjang hari.

Bulan kedua:
Bayi akan menoleh ke arah bunyi dan menangis dengan nada yang berlainan untuk memberi isyarat lapar, kurang selesa atau seronok. Bayi boleh memegang benda-benda dengan sendiri dan bayi boleh juga berjaga pada waktu yang lebih lama. Dia juga boleh tidur sepanjang malam.

Bulan ketiga:
Bayi mula mengukir senyuman dan mengagah. Dia kurang menangis dan tidur lebih nyenyak pada waktu malam. Bayi pada peringkat ini biasanya boleh menegakkan kepalanya ketika meniarap.--> apa kes? pale adam dah tegak tapi tido malam masih bangun setiap 2 jam sbb lapar..huhu


No comments:

Post a Comment