Friday, June 12, 2009

Mari Berpantang

Bagi ibu-ibu yang ader pengalaman mesti dah tahu yang cara berpantang bergantung kepada cara anda bersalin kan ?

Ikut perancangan awal, aku sepatutnya berpantang di kampung suami sebaik sahaja kuar dari hospital tapi disebabkan papa aku mendesak maka plan ditukar aku berpantang di umah mama di Gombak selama lebih kurang seminggu. Lagipun suami aku kena uruskan pembayaran hutang-hutang bank dan surat beranak Adam dulu.

Selama tempoh berpantang di Gombak, aku tak rasa seperti aku tengah berpantang tapi lebih kepada orang sakit lepas kena bedah.koang faham tak maksid aku nih? maksudnya aku bleh makan semer yang aku nak makan. mama aku bagi! yang aku takleh makan cuma ais, nenas, dan makanan yang padas dan dikhuatiri bleh memudaratkan luka di dalam perut. Bayangkan, hari aku kuar hosptital aku dah makan tomyam tapi tak pedas pun!! hari kedua aku makan ayam masak kicap lak!! perghh...memang makan semer yang menyelerakan . dahlah aku tengah menyusu badan jadi tahap kelaparan makin menjadi-jadi. Risau gak takut gemuk!!

berbeza dengan aku berpantang dengan mak mentuaku di kampung!! hari pertama sampai, aku kena makan nasi berlaukkan ikan masin, bawang putih goreng dan lada hitam!!! waduh..waduh...biarpun rasanya macam longkang tapi ku telan jua!!.aku tak sanggup makan untuk hari yang berikutnya. mungkin suami aku perasan yang aku terseksa nak makan benda mcm tuh maka dia minta mak mentua aku sediakan lauk yang lebih sodap!! nak tahu lauk apa? Lauk singgang kuning with extra bawang putih dan lada hitam. Aduhh!! tak sedap jugak tapi lauk nih boleh lah aku tahan smpi seminggu. lepas tuh dah mula naik muak!! aku try selang selikan dengan makan biskut or roti kering. Benda itu je yang aku dibenarkan makan.

ader skali tuh aku curi-curi makan buah cempedak duh baikk punya kat atas meja dapur. aku dah usha lama dah buah tuh. rasa tak tahan sangat aku amik gak seulas!! eh< bukan seulas tapi 2 ulas!! wuuhuuu

pastu ader gak aku curi minum kopi ais!! tak tahan menengoknya sebab masa tuh memang cuaca tengah panas. hehe. degil kan?

jadi kesimpulan disini, setelah aku godek Google mencari fakta-fakta tentang berpantang bersalin secara ceasar ini aku mendapati banyak fakta-fakta yang agak aku keliru sbb byk percanggahan .Ader blog yang kata cara penjagaan sama tak kira bersalin secara bedah atau pun normal, ader jugak yang kata berpantang untuk org bersalin secara bedah lebih sukar dari bersalin secara normal. Ntahlah labuu..mana satu yang betul aku pun tak tahu. Jadi, aku ikut kata hati ( atau tekak aku!!) aku berpantang cara campur-campur.Dua-dua aku ikut!! WAKAKAKA!!


No comments:

Post a Comment