Friday, June 26, 2009

Lawatan sambil belajar ke?

Pagi sedang aku beristirehat dengan Adam. Dapat satu panggilan dari tempat kerja aku.

" anak ko dah ader baju raya ke belum?"


"belum"

"ko ader baby coat tak?

"err..takder!!"

Aku terkesima dengan soalan soalan yang berbaur seperti soalan wartawan ini. Ahh..rupanya rakan sekerja aku mahu datang melawat anak buah baru mereka.


Setelah hampir setengah jam aku meng"guide" mereka ke rumah aku akhirnya rombongan Cik Kiah tiba jua. Biarpun ader yang merungut kerana aku salah memberi nama kedai tayar yang aku tukar dari CONTINENTAL kepada DUNLOP PILLOW?? err..ade ke kedai tayar dunlop ni?. HEHE. aku memang failed kalau kena jadi juru pandu arah ni. Maafkan aku kawan-kawan.Sekali kala sesat datang ke rumah aku apalah sangat kannn..Aku ingatkan yang datang cuma separuh rupanya dengan bos-bos aku datang skali. HUHU!!


Tak sangka Adam mempunyai begitu ramai PEMINAT!! Rombongan Cik Kiah tiba dengan 2 biji kereta dan yang paling best skali ader KFC!! Fuhh..teruja sesaat dengan KFC tuh!! Tapi aku kan masih dalam pantang. Ini kalau husband aku ader mesti aku dilarang KERAS menjamahnya tapi sebab kawan2 dah bawak aku rembat gaklah seketul!! Buat lepas gian bebbb!!


Dan akhirnya rombongan Cik kIAH pun kenalah balik ke tempat keje semula. Entry nak kena antar oiii!!..Adam pun dapat hadiah ari ni. Ingatkan hadiah kecik tapi rupanya jeng..jeng..jengg

inilah hadiah Adam!!

Adam belum boleh naik walker ni lagi. Kena tunggu beberapa bulan lagi. Adam kena keraskan leher dan kaki dulu baru leh naik walker ni tau!! Skang tak leh lagi pasal Adam takleh duduk lagi.

No comments:

Post a Comment