Tuesday, June 2, 2009

Saat Kelahirannya!

26 hb mei 2008
Jam lebih kurang 11.20 pagi di Hospital Selayang. Setelah di tahan di wad semenjak semalam tapi masih tiada tanda-tanda nak bersalin. Bukaan baru 3 cm namun aku dah di sorong ke labour room. Sempat kol suami memberitahu berita.
Doktor masuk periksa bukaan .Dah terbuka 5 cm katanya. Aku neves. Dah dekat bersalin.

Kontraksi makin kuat.Nurse tanya aku nak epidural atau tak?. Dalam kesakitan, aku mengiyakannya. Dah sakit ko bagilah apa-apa ubat pun takkan aku nak menolak?.Nurse bagitau hanya sorang doctor sahaja yang boleh masukkan epidural tapi doctor tuh tengah ada case makanya aku kenalah tunggu untuk epidural tuh.
Hampir 4 jam menunggu doctor epidural. Sangat lembab!! Aku terpikir takkanlah di hospital sebesar ini hanya sorang doctor yang bertanggungjawab!! Tak letih ke doctor tu? Ntah hape-hape !!

Mujur ade suami di sebelah.Biarpun tiada kata-kata semangat darinya( suami aku bukanlah seorang yang pandai berbahasa seperti isterinya!! Hik hik ).Sekurang-kurangnya dia dapat melihat kesakitan yang dihadapi semasa nak melahirkan zuriat.
Selang 3-4 jam sekali doctor akan periksa bukaan aku. Part best, setiap kali aku diperiksa oleh doctor yang berlainan!Aku terasa seperti bahan uji kaji.
Setelah hampir 11 jam di labour room.Aku sudah kepenatan.Badan aku mula panas.Aku juga muntah setiap kali minum air. Aku kata pada suami kalau nak bedah sekali pun aku dah tak kisah.Badan aku sangat lemah untuk meneran dan akhirnya aku di bawa ke wad pembedahan.Masa ni badan aku dah menggigil terlalu kuat.Aku kesejukan. Mulanya aku ingat kan aku akan dibius keseluruhannya rupanya hanya perut aku dibius.Ini bermakna aku akan sedar sepanjang pembedahan.Masa tuh aku dah cuak tapi doctor kata aku takkan rasa sakit .Baru aku lega sikit tpi masih takut-takut. Ngeri siott!! Jam 12.20 pagi putera sulungku Adam Nuqman dah pun selamat dilahirkan secara pembedahan Ceasarean dengan berat 3.65 kg. Perghh!!

Belum habis lagi. Lepas keluar dari wad pembedahan, badan aku diselimut dan di salur dengan paip pemanas. (aku tak tahu nama betul dia.)Masa ni badan aku masih menggigil dengan kuat sampai aku di bawa ke wad.


No comments:

Post a Comment